salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Buih2 Cinta DIA


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Alhamdulillah, diam xdiam dah masuk 18 Ramadhan rupanye... mase blalu begitu pantas shngga hati2 yang merindui bulan ini mula resah... Cukupkah amalanku di bulan penuh barokah ini, terhapuskan dosa2 yang ku lakukan slama ini, masih adekah ramadhan utk ku nanti atau adekah terangkat ibadatku di sisi ILahi.... wallahualam... mudah2han Allah mmndgar rintihan2 hati hambaNYA yg begitu merindui cahaya CINTA ILahi.... Harini ana nak bawakan sebuah kisah yang dipetik dari iluvislam... buat pkongsian bsame utk manfaat smua... slmat mhayati....

Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah
www.iluvislam.com
Oleh : Aftiey
Editor : doraemong13

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama , dugaan 'Virus Merah'menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, sehingga senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku , entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun ku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.

Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang ku dapat.

Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, ku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********

Tahun berikut.

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama'.

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membaca. "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa besar?".

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Desis hatiku. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.

Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.

Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah di a telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cumakafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********

2 hari selepas itu.

Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak"

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya".

Sesudah solat Isyak, aku duduk diantara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada tuhan aku pohonkan.

Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapanmu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam nerakamu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para walimu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah padamu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin...

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, ku merasa belum sempurna ibadahku. Ku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama ku menunaikan solat sunat hajat. Kemudian, ku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam, Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini".

************


Pada rakaat pertama, ku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Ku bangun, untuk rakaat kedua. Ku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian ku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah subhanahu wataala sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Ku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.

Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.


(Artikel ini adalah artikel yang benar, berlaku dalam diri penulis. Semoga kita mengambil iktibar darinya, Insyaallah)

Dan shabat2 ana yang dikasihi...pabila hidayah ALlah itu datang menjenguk dlm diri, jgnlah diabaikan kerna dtgnya ia utk mnsucikan hati dan iman, pengubat dosa yg bpnjangan dan pnebus damai yg mresahkan tiap deruan nfsu yg bmaharajalela...
Semoga hidayah ALlah kan trus subur dan mmncar dlm hati2 hambaNYA.... insyaAllah

wassalam....

Di Persimpangan Ini


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh

Di persimpangan ini,
Ana mencari arah hidup sempurna
Bersama watak2 hati pelbagai rupa
Ada kebaikan diperolehi
Ada teladan ingin diselidiki kembali
Begitu juga sebaliknya yg dicari
Mereka mula mendampingi

Mata hati kian sirna
Silau melihat watak2 ini
Terkadang menyenangkan
Terkadang menjengkelkan
Terkadang trase ingin jauh berlari
Benarkah laluan yang dipilih
Atau sekadar penyejuk bicara hati
Yang bergelodak menginginkan kesempurnaan diri

Pabila di lalui persimpangan itu
Arah mana yang ingin dimasuki
Di hadapan penuh ranjau duri
Berkerumun ujian & dugaan menanti
Bakal menguji iman & taqwa
Terperosok jika silap melangkah

Di kiri dan kanan terlihat nikmat dunia
Watak2 meliuk lentok meminta jawapan
Marilah ikut kami..
Marilah bergabung dengan kami
Hidupmu pasti kan bahagia
Inilah syurgawi dunia

Di dalam dilema ini
Ana merenung jauh ke dasar hati
Jasad menggigil kesejukan
Hati berkecamuk mencari jawapan
Minda meronta memilih kehidupan
Bibir berbicara meniti satu nama
Ya ALlah.... Ya ILahi.....
Jalan mana yang terbaik buatku

Airmata ini mengalir lagi
Deras, sayup2 kedengaran
Jalan2 itu menangis hiba
Melihat ana kesorangan tanpa teman
Di hadapan, kiri dan kanan
Watak2 itu turut simpati

Sapaan angin berlalu damai
Ada jawapan penentu kehidupan
Pilihlah jalan hadapanmu
Biar berliku, biar berduri
Namun di akhir jalan
Ada kebahagiaan dikau temukan
Ada balasan bakal di miliki
Di sanalah kehidupan yang sementara
Walau diuji, walau diduga
Imanmu pasti kan lebih sempurna

Jangan kau tertarik di kiri & kanan
Merekalah perosak dunia
Nafsu & syaitan bergandingan
Mengajakmu hidup bahagia
Namun penuh kepalsuan
Di akhir jalanan kau terdampar
Lelah kelemasan

Di persimpangan ini
Akhirnya ana memilih jalan hadapan
Biarlah diduga & diuji
Itu lebih manis & lazat dari kiri & kanan
Kebahagiaan bpanjangan
Jalan syurgawi dlm genggaman
Syukran Ya ALlah
Mata hati redup tersenyum
Alhamdulillah.. inilah jalan yang kucari
Langkah2 menghayun gagah tanpa halangan
Menanti gembira ganjaran diterima

wassalam...


Sabtu, 21 Ogos 2010

Di Angin Lalu


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh.....

Salam kenikmatan duniawi smntara... Semoga antum smua dlm pliharaan dan jagaanNYA... Apa khbar hati?? masihkah kuat mngharungi khidupan ini??? Apa khabar iman?? masihkah tegar mnyusuri hawa nafsu dan bsikan syaitan?? Apa khabar minda?? Sudahkah mampu mngimbangi antara akal dan minda, baik dan buruk, nafsu dan jiwa?? Semoga smuanya bkeadaan yg paling baik di dunia ini... dan blarutan hingga di akhirati nnti... i.ALlah.... Lama ana xmgupdate blog.. Kekangan masa dan aktvti mmendekkan niat yang mmbara. Banyak yang ana ingin kongsikan, namun biarlah masa mmberikan klapangan buat insan ini mceritakan ttg khidupan.... Dan tinta hati bbicara kmbali...

Dunia.....
Masih ramai yg tertipu
Masih ada yg terperangkap malu
Masih ada hati yg meronta
Masih ada jiwa yg terasa
Masih ada nafsu yg mmbara
Dan masih ada rasa yg ternoda

Nikmat....
Benar ianya sementara
Namun ada jiwa2 yg mngekalkannya
Ada yg tkapai2 kelemasan
Ada yg bjalan tanpa arah
Ada yg bsuke ria tenggelam di dlmnya
Segelintir cuma bersyukur ke atasnya

Masa....
Orang kata ibarat emas
Makin diingini makin mahal
Makin dikira makin singkat
Bergunakah utk dnilai kmbali
Atau skdar dibiar sepi
Dikosongi byangan diri

Manusia...
Tersepit dlm mainan dunia
Andai betul langkahnya, hdupkan bahgia
Andai nfsu haluannya, pastikan merana
Namun hdup ibarat pentas dunia
Kitalah mencorak keadaan hngga nyawa dhjung usia
Ramai yg kekal di dlmnya..
Ramai pula yg sepi merana

Usia....
Makin dhitung makin lanjut
Di mamah masa yg blalu pergi
Hiasi dgn keimanan, syurgalah tmpatnya
Dbayangi bsikan syaitan, nerakalah layaknya

Antara dunia, nikmat, masa & usia
Keempatnya amat akrab dgn kita
Namun sramai mana yg mlakari amal bakti
Di mana pula letaknya nafsu & hati
Dibiar payah
Ditinggal susah

Sahabat2 ana ....
Sayang ini blarutan mnyusuri lembah khidupan
Mnyingkap tabir keinsafan diri
Dunia kan dtinggal pergi
Nikmat pula kan hilang di pndangan mata
Masa blalu mnjdi singkat
Dan usiamu kan kmbali pade YANG BERKUASA

Mungkin suatu saat dahulu kita jahil
Mungkin suatu ketika dahulu kte lupe
Mungkin suatu masa dhulu kte mnjauhiNYA
Dan sblum dirimu kembali
Lembutkanlah hati
Lihat kmbali ke dasarnya
Ada yg perlu diperbaiki
Hidup xslamanya indah
Pasti kekosongan terasa
Kerna mnjauhi cinta ILahi

Masih belum tlambat shbat yg ana sayangi.....
ALlah Maha Pengampun
ALlah Maha Penyayang
ALlah tu kan adil...
Pasti DIA merindui sujudmu
Mesti DIA menanti khadiranmu..
Dan tentu sekali DIA merindui rintihanmu

Di angin lalu...
Ku sampaikan Rindu buatmu Ya ALlah
Di desiran pantai..
Ku kirimkan Kasih padamu Ya Robbi
Dan sedetik saat menderu..
Ku tebarkan Cinta ini hanya utkMU Ya ILahi

Dan shbat2... sbelum mata ini tlena slamanya, sblum hidayah ALlah mrajuk diri, sebelum tingkah hati lemas dlm duniawi dan sbelum pnyesalan memakan diri... Marilah bsama semaikan semula cinta ILahi, mari beramal walau secebis nurani, mari tinggalkan keburukan hati.. Skurang2nya masih ade cahaya di sanubari utk dititipkan di angin lalu padaMU Ya Robbi....

wassalam...

Rabu, 18 Ogos 2010

Rintihan Hati


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Alhamdulillah, diam xdiam sudah masuk 8 Ramadhan... Bulan yang penuh barokah, bulan yg penuh kemuliaan dan bulan utk mnsucikan amalan rohani dan jasmani... Sesungguhnya hambaMU ini amatlah kerdil disisiMU... Sering pula melakukan dosa yg tak bpenghujung... Alpa dlm tindakan duniawi yang mlalaikan... Mudah2han dosaku yang mnggunung tnggi dpt KAU ampuni walau secebis zarah yang dimaafkan....

Ya ALlah.... ana insan yang hina, ana insan yang dilumuri noda dunia.. Mampukah ana mngadapMU pabila masanya tiba nanti.... Masa silih bganti, bulan btukar tahun, saat mnjadi harian yang smkin menggelamkan insan2 yang sering melupakanMU. Adekah ana seperti mereka di luar sana??? Semoga dijauhi dri hati yg rapuh dan blum ckup kuat dlm menangani masalah nafsu yg mmpu merundumkan iman yang suci..

Ku lihat skeliling, di bulanMU ini, byk yang telah ditunjukki, awan yang brarak damai, mampu memusnahkan dlm skelip mata, angin yang bertiup tenang, bisa mluluhkan hati yang bergoncang kgembiraan dgn nikmat duniawi yg pnuh tipu daya.. cahaya yang bersinar, bakal mencairkan nafsu yng sering terpesona dgn keindahan dan nikmat alam.. Burung yang berkicau, menyesakkan nafas2 yang bgitu slesa di tmpatnya...

Ku pandang dan ambil tahu sktika.. renungan mata digenangi kesayuan hati... Insan2 yang tdak bdosa bgaikan sampah, insan2 yang baru mcelikkan mata di alam baru dibiar ksejukan dan dtinggal pergi tanpa belas kasihan... UmatMU kini diancam kezaliman hati, hilang sifat kemanusiaan yang dipupuk sejal azali... Pabila nafsu mnerajui diri, maksiat bagaikan amalan sehari2, kebaikan dianggap temeh dlm diri... Iman dibiar mrajuk di sanubari

Mana janji2 mreka ingin mnjadi khalifah di dunia, mana pula penegak agama yng mlaungkan seruan jihad " amar maaruf nahi mungkar" , mana pergi pegangan ingin menCINTAiMu hingga ke syurga..

Sedih, sayu... terpalit di hati... ana insanMU yang lemah... Sahabat2... semoga antum smua tringin mngubah dri mnjdi yang lebih baik... Semoga sinar cahaya taubatnya menitip di tabir hati.. buat psemayan hingga akhir nnti....

**indahnya alam dslubungi bulan & matahari, kerlipnya mentari di bayangi embun pgi... maafkan ana atas kekhilafan diri, salam ramadhan buat antum semua dri kjauhan duniawi..

wassalam...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Cinta PERTAMA


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh

Alhamdulillah ana diberi kekuatan berkongsi sesuatu dgn antum smua.... Agak lame ana menyepi tanpa khbar.. Rindu rasanya utk mcuit sdikit bcara hati.... Semoga bmanfaat buat semua... Terimalah Cinta PERTAMA

Kan benar dunia berkata
Cinta itu memang buta...
pernah antum merasa?
sebesar mane butanye?
sakit x hati bila tkena?
bagaimana dengan akalnye?
waraskah seperti biasa?
atau serabut dibuatnye?

manusia2...
sudah bjuta mulut bbicara
cinta itu palsu..
mengasyikkan tpi sering dipergunakan
semua klihatan indah...
namun hanya smntare cuma
yang diakhir pncrian derita mlihatnya..
sanggup kah antum??
menanggung ini smua???

iye....
dah brape nak bgitau...
cinta ni ibarat madu...
habis manis sepah dibuang...
juga ibarat hempedu..
pahitnya bila dsalah telan
tapi dah brape ramai ttelannye?
masih juga bgitu...
bukan sdikit...tapi amat byk..
erm.... ikutlah nak sgt dgn cinta...

alhamdulillah syukran ya ALlah...
diri ini belum tlena dlm dkapan cinta...
mgkin realiti khidupan..
dan nfsu yg ana kawal...
bukan mudah di zaman mncabar ini..
tapi pabila lihat kpd hati...
kuat ke menanggung sakit yg dtinggal pergi??
sanggup ke biarkan nafsu mngawal diri??
dah mampu trime drite yg kan tjadi???
ana xsanggup... insan biasa je ni...
byk pula mlakukan dosa duniawi...
xdanlah nak mnambah2...
azab ALlah tu kan nyata pedihnya...
biarlah.... ana dah serah padaNYA

pernah ana trime kata2 pngubat hati...
dri sang insan bname hawa
ingatan buat dri yg tdg lena

" buatmu gadis pengemis redho ILahi"
Tika titis airmata jatuh ke bumi
Biarlah hanya ALlah yg mngetahui,
Keraa hanya DIA pnyembuh luka
Pemberi bhgia kpd hati & naluri,
Sdikit manfaat lebih baik drpd byk yg mlalaikan,
Ujian ALlah dtg krn kasihNYA pd diri,
Agar IMAN terus mningkat,
HATI semakin dekat,
dan JIWA lebih akrab dgnNYA

Biarkan JODOHmu...
Biarkan dia bsedia dgn ilmu utk memimpinmu kelak..
ALlah memeliharanya jika kau mmelihara hbunganmu dgn ALlah..
Ingatlah.... telah ALlah jadikan mnusia itu bpsang2ngn...
Jika baik lenturannya, baiklah jodohnya..
kerna Hawa yg baik, utk adam yg baik....
inilah psnan yg ana genggami...
Sayang ILahi... pasti mmbuahkan hasil yg baik...

Hai shabt2 ana...
biarlah org nak kate ape...
kolotlah, ketinggalanlah, anti adam lah..
biarkan.... bile penat, diamlah bicaranya...
Hidup ni mncari ILahi kan...
Semaikan kecintaan dlm diri..
Hanya utkNYA.....
Hanya kepadaNYA...
I.ALlah..suatu hari nanti..
Bila masanya kan tiba...
dtglah jodohmu dgn sinar keimanan...
tpancar di wajahnya kasih pade ILahi..
dialah sebaik2 pdmping yg dicari...
yang bakal mewarnai dunia dan akhirati....
I.ALlah...mudah2han....

wassalam....
Related Posts with Thumbnails