“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 30 Jun 2010

Muhasabah Cintaku...

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalammualaikum wbh...

Harini bila berbicara tentang ibu, pasti yang di perantauan teringat bonda di rumah, pasti di kejauhan merindui kehadirannya dan pasti tiap usai solat mnyusul doa pengerat hati walau jauh di pandangan mata...

Bukan mudah menjadi ibu, bukan mudah melayani karenah anak2 pelbagai ragam dan bukan susah membalas jasa mereka sebelum perginya tanpa kita sedari, sebelum ajalnya datang tanpa tanda sebelum ketiadaannya menyesali diri yang xpernah mahu pedulikan dirinya.

Ingatkah antum tentang seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, selepas ALlah siapakah yang patut aku cintai? jawabnya : Ibumu, selepas itu siapa ya Rasulullah, jawapan baginda tetap Ibumu dan buat kali terakhirnya baginda masih menjawab IBUMU dan kemudiannya barulah ayahmu...

Mengapa baginada sendiri pown berkata yang demikian. Kerna walau sekaya mana anda, walau sesempurna mana anda dan walau sehebat mana pun anda. Anda dikandung oleh seorang insan yang bernama IBU. Selama 9 bulan sahabatku, 9 bulan... bukan suatu detik yang singkat, bukan pula suatu detik yang menyenangkan beliau dan bukan semudah yang dikata...Dan tinta pena memulakan cerita...

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih mahupun menyalam tangannya, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan kita tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Semuanya sudah terlambat dengan usungan jenazah ibu keluar dari rumah.

Dan apabila kita menangis dan ingin meminta maaf padanya, hanya batu nisan ibu yang ditatap kaku tanpa balasan mesra.


Beginilah yang sering berlaku sahabatku. Bila ibu ada kita remehkan kehadirannya. Kita layani dia macam orang gaji. Kita abaikan setiap peringatn dan nasihat darinya. Kita xhiraukan permintaan yang hanya sedikit darinya dan kita biarkan dia kesorangan tanpa teman ketika dirinya memerlukan.

Mungkin di hatinya terdetik " Begini balasan seorang anak yang ku sayang2, yang ku belai manja dan ku tatang bagai minyak yang penuh, xpelah.... ibu halalkan tiap kudrat yang kelelahan, tiap titis susu yang kuberikan dan tiap keringat yang berjujuran. kerna kau anakku dunia dan akhirat"

Wahai sahabat2 yang ana kasihi.. Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat ibu yang sentiasa memberikan
yang terbaik buat kita. Berubahlah sahabt2 seblum penyesalan berpanjangan melingkari diri kita. Kerna SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU.....



wassalam....

Isnin, 28 Jun 2010

Mengapa Mengeluh??


Bismillahirrahmanirrahim....




Assalammualaikum wbh.....

Salam alaik pada antum smua... Lepas kembali ke tratak bonda, blum sempat ana mmbuat entry baru.... ALhamdulillah, ana diberi kesempatan utk bbuat dmikian pabila ade sdikit klapangan waktu yang ALlah berikan buat ana.... Sedikit perkongsian buat tatapan antum smua.. Mungkin ada yang pernah mlihat atau mmbuatnya. Ana sekadar bkongsi smula... slmat mnghayati...





Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


wassalam....

Selasa, 22 Jun 2010

Bingkisan indah buat Ummi

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh...

Alhamdulillah paper pertama selamat di jawab. Teringat ana dengan situasi dalam dewan imtihan tadi. Terasa ada ksayuan ketika itu. Masa tu semua dah sibuk baca soalan apa yang keluar. Dari jauh kelihatan kelibat seseorang yang sangat ana kenali. Dia yang masih gagah di usia senja, dia yang masih sentiasa ingin memberi sokongan buat kami walhal boleh sahaja diabaikan kami untuk menjawab paper nya. dia yang masih bersemangat untuk mengajar kami walaupun sepatutnya waktu ini berehat dan membuat kerja lain yang lebih penting dari kami dan dialah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kejayaan kami. Dia yang ana maksudkan adalah Dr. Asiah bt Sarji (ummi).

Kelibatnya mengingatkan ana dengan bonda yang disayangi, walau bonda jauh di kediaman bersama cucu2nya. Pabila ummi datang menyapa, terasa bonda dekat di sisi, kerna usianya sebaya dengan bonda ana (60 tahun). Ya ALlah, tahanlah deraian airmata ini, kerna ada yang perlu ana selesaikan. Di kala itu, ummi masih berjalan-jalan, menapak dari satu tempat ke satu tempat, cuba memberi keselesaan buat pelajarnya dan memberi sedikit dorongan dengan belaian melalui tangannya yang menyapa di bahu kami. Sungguh, rasanya belum pernah ana melihat situasi ini. Ummi... ana berasa bersalah andai ana xdapat buat yang terbaik untuk subjek ummi. Ana dah cuba buat semampunya. Semoga bila keputusan keluar nanti, ada hasil yang boleh membanggakan ummi.

Masih segar di ingatan, tatkala ummi datang ke kelas, pasti ada secawan air buat hilangkan dahaga ummi. Dan xlupe juga dengan mini laptop serta bahan2 mengajar. Kadang2 tu, mungkin gelagat kami yang tertidur, bising dan tiada respon mnyelitkan 1000 tanda tanya buat ummi. Maafkan kami ya ummi, kerna kami juga insan biasa. Ingat lagi bila kelas pagi, kami semua bagai insan tak bermaya, ummi cuba kuatkan semangat kami dengan senaman pernafasan yang sering ummi amalkan. Dan sehingga kini, tatkala ana berasa ngantuk, ana cuba tips yang ummi ajarkan...=)

Dan di akhir imtihan, pabila pelajar2 mu keluar sorang demi sorang dari dewan peperiksaaan, sempat ummi bersalaman dan tidak lupa dengan salam ukhuwah di laman maya fb utk memanjangkan hubungan yang baru berputik ini. I.ALLah.. budi dan ilmu yang ummi alirkan pada kami, akan disemat hingga akhirati....

Akhir Qalam, SALAM SAYANG dri kami, pelajar SKKC 1063 sem 3... Pasti kami merinduimu... DOakan kejayaan kami ya ummi.... erm ni ade ole2 buat ummi...

p/s : Ana suke jika memanggilnya ummi.. maafkan ana yer jika xsopan.. tapi panggilan itu lagi dekat di hati.....heheheheh... maafkan kami..wink3

video

wassalam...

Hikmah Di Haramkan Babi

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh.

Salam kehebatan buat antum semua. Semoga hari2 yang berlalu mendapat teladan darinya utk sentse hebat di masa hadapan. Dalam ana membaca artikel dari blog ke blog. Ada 1 yang menarik minat ana utk bkongsi bsame antum smua. Selamat membaca... =)

Hikmah Pengharaman Babi.

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya merujuk kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan.Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Read more: http://en-jbond-che-embun.blogspot.com/2009/12/hikmah-di-haramkan-babi.html#ixzz0rZgw7CWe

wassalam....

Ahad, 20 Jun 2010

Nak tau KENAPA ??


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh..

Nak Tahu Kenapa?


Soal jawab antara seorang gadis dengan seorang ustaz yang kebetulan terserempak di pasar raya Jaya Jusco Taman Universiti. (Mukaddimah ini hanya sebagai hiasan dan rekaan semata-mata...)


Gadis : Kenapa Islam mewajibkan penganutnya bertudung, menutup bahagian tubuhnya?


Ustaz : Adakah saudari pernah berkunjung ke kedai menjual barang perhiasan?


Gadis : Ya, tapi kenapa?


Ustaz : Adakah pernah perhatikan di mana disimpannya barang perhiasan yang paling mahal?


Gadis : Tentulah di dalam kotak besi atau peti simpanan khas....


Ustaz : Apakah barang itu dipertontonkan kepada sesiapa sahaja atau yang melalui kedainya?


Gadis : Tentu sekali tidak....


Ustaz : Itulah bandingan arahan ALLAH supaya menutup aurat, tubuh badan manusia bukanlah barangan yang boleh diperlihatkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja yang mahukannya, malahan ia adalah barang bernilai tinggi yang mesti dijaga mutunya dengan mengikut arahan ALLAH supaya aurat itu ditutup.....


p/s: Kepada muslimat sekalian.....sama-samalah kita menghargai dan menjaga mahkota kewanitaan yang telah ALLAH anugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.....



wassalam...

Rabu, 16 Jun 2010

Special day..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh...

Salam ulang tahun kelahiran yang ke 22 buat Siti Zuhairah bt Roslan.... Alhamdulillah..dah meningkat dewasa ana ghupenye... Sedar dalam x, bagai baru smlm ana menghabiskan waktu2 dengn persekolahan, kerja rumah dan mlayan karenah pakwe2 tsyg. Rindu pula waktu dulu yang pnuh dgn kgirangan, ksepian, ksdihan dan gelak ktwa... 1001 crite bisa trungkap bile bsua muka...

Kredit syukran ana tujukan buat shbat2 yang xputus2 mmberi ucapan dan iringan doa buat ana, insan yg biasa ini. Moga ape yang dititipkan mnjdi kekuatan buat langkah2 ini mnyusuri khidupan yang blum tntu ke mane rebahnye nanti.. Buat teman sperjuangan, bila dinilai kembali masa lalu nan indah, pasti terselit 1000 senyuman yang mnjdi bukti kte telah cube mnjadi insan yang lbih baik pade mase akan datang. Usia yang smkin mnginjak dri sthun ke sthun tntu skli blum lelah dlm mnempuhi pelbagai ragam dan onak dunia yang bisa mlunturkan hati2 yang mndambakan Redha ILahi.

Semalam, sempat ana ke RTM atas jmputan suara siswa yang bsiaran langsung trus di kaca tv. Mahasiswa jenama Malaysia, mampukah bdaya saing, atau hilang nilai tempatannye pabila bgelar seorang graduan. Membuatkan ana mula terfikir, ade betulkan dgn panel2 jmputan dari 4 buat ipta (UITM,USM,UKM dan UTP) bdekatan. Terkadang kemanjaan yang berlebihan kepada siswa mmbutakan hati mreka utk lebih bdaya saing, malahan kmudahan prasarana dan ledakan teknologi maklumat mahupun transformasi dri kebaratan mlenakan mreka hingga hilangnya jati diri yang spatutnye di alirkan bsame smngat yang spatutnye sntse berlegar2 di jiwa dan minda mreka. Semoga ana dan shbat2 sperjuangan mampu mpertahankan diri dri dbelenggu sifat2 yang leka dan lalai... kerna kte tkenal dgn adat ketimuran yang mnjge kesopanan dan kesusilaan...=).. Ole2 dri RTM, dapat bgmbar with dr.fazley, kawe ana yang dok excited nak bgambo...ana join jah....heheh

Oh ye. dalam diam ade suprise birthday rupanya untuk ana. Ingatkan sahabat2 xkan buat. Akhirnya kena juga. Sangat cantik ye pelaksanaannya. Habislah sweeter ana dibuatnya. Oleh sebab ana ni agresif orgnye, bukan ana sorg la yang kne. smua dalang2 disebalik tabir wajib kne same.. so same2la bau kek dan krim ye... xdapat joging ptg tdi.. bjoging malam mngejar shbat2 pown dah bbaloi... ligat meka smua lari lintang pukang dibuatnye. Silap org la ye knekan... tapi walau apepown kamu, pok wayang-leader dalang dan neq azie-s/u dalang> mmg best..!!! syukran xterhingga buat kamu2 yer. Next time ade yang wajib dikenakan... Cantik kan keknye..yang penting warna hijau...comel2. Syukran ye sahabat...


Akhir qalam bbicara, walau di mana kite brade, sntselah bpijak di bumi yang nyata. Anugrah Allah itu sntse dikurniakan buat hamba2NYA. Gunakanlah ia sebaik yang mampu dijage kerna peluang itu hadir bukan utk diulangi dan dikesali, namun utk digenggam hingga jadi bara yang xbertepi... Syukran sekali lagi buat antum2 yang sntse bsame ana dan xlupe buat si kecil yang xhenti2 nak bcloteh ngn cik ksyangannya serta bonda yang sempat mngucapkan tanda kelahiran anakanda kesyangnnye...wink3...

wassalam...

Selasa, 15 Jun 2010

Menanti di Raudhah

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Salam mercu kejayaan buat antum smua... Ape khabar jasadnya?? Apa khabar pula imannya?? dan ape khabar dgn hbunganmu bsama ALlah, ummi/abah, shabat2 dan seisi dunia. Moga perkhabaran yang baik dari antum smua. Sekian lama membuzykan diri dgn progm2 luar, ana bkesempatan smula mlihat blog yang disayangi... =). Dalam membace artikel dalam i luv islam, tersenyum dan tertarik ana dengan kisah Menanti di Raudhah. Dan ingin skali ana kongsikan dengan antum smua. Moga terhibur dan ambillah teladan di sebalik kisah ini. Moga bermanfaat buat antum semua.... i.ALlah...

M
enanti di Raudhah

www.iluvislam.com
Oleh: AMEENALIF
Editor: RosNiza Abdullah

Angin bukit tinggi membelai lembut pipi Akid. Angin yang berpuput dari puncak bukit tinggi di sedut dalam-dalam hingga masuk penuh ke pangkal jantung. Dia bagaikan menahan angin itu dan merasa nikmatnya dan kemudian dia melepaskan kembali perlahan-lahan angin itu dengan nafasnya. Raudhah memejamkan matanya. “Dari Dia semua datang, dan kepadanya semua dikembalikan.”

“Ukhti, sudikah ukhti saya lamar menjadi pedamping hidup saya, menyempurnakan kekurangan saya, menjadi makmum untuk bakal jemaah saya?” Terngiang-ngiang soalan itu di benak kepalanya.

“Asif akhi, saya tidak dapat menerima lamaran akhi.”

“Kenapa?”

“Sudah ada yang datang melamar saya sebelum akhi datang melamar saya.”

“Dan ukhti menerimanya?"

Raudhah tersenyum namun lekas-lekas dia sembunyikan senyumnya.

“Itu satu lamaran yang tidak mungkin saya tolak akhi. Lamaran yang sudah lama saya menantikannya.”

“Siapa ukhti, siapa lelaki bertuah itu, kalau boleh saya tahu.”

“Untuk apa?”

“Untuk saya tahu, bagaimana dia bisa membuka pintu hati ukhti.”

“Dia tidak membuka pintu hati saya, akhi. Malah saya yang membuka hati saya menanti dan menerima lamaran itu.”

Terngiang-ngiang di benak Akid perbualannya dengan Raudhah semasa dia ingin melamarnya tiga bulan lepas. Tiap-tiap bait kata yang keluar daripada mulut Raudhah bermain di benaknya, tidak pernah gagal meleraikan butir-butir air mata Akid.

“Beruntung engkau ukhti kerana menerima lamarannya.”

Akid menangis semakin hebat. Dia malu kerana kebodohannya sendiri. Selendang ungu yang berbalut dilehernya tiba-tiba menutup separuh wajahnya. Akid menarik selendang itu dan dilepaskan daripada membalut batang lehernya. Dia teringat bagaimana dia mendapat selendang itu daripada Raudhah. Bukan dengan cara yang membanggakan atau seronok untuk dikenang.

#####

Malam itu, selepas dua bulan dari tempoh dia melamar Raudhah, Akid hilang separuh kesabaran dan kewarasan berfikir. Dia menunggu Raudhah di luar kawasan kediaman Puteri. Dirinya dikuasai amarah kerana tidak dapat menerima penolakan Raudhah dan Raudhah tidak pula memberitahu kepadanya siapa lelaki yang melamarnya terlebih dahulu.

“Raudhah, tunggu sebentar!”

Raudhah terkejut mendengar suara Akid di dalam kawasan kediaman Puteri. Dia menjadi bertambah malu bila kelakuan Akid memanggil dan menunggunya di kawasan itu dilihat oleh pelajar-pelajar lain. Raudhah cuba untuk mengelak daripada Akid.

“Raudhah, tunggu sebentar!!!”. Sekali lagi Akid memanggilnya. Lebih keras suaranya.

“Ada apa akhi?”

“Jelaskan pada saya, siapa lelaki yang melamar awak sebelum saya dan kenapa lamaran saya di tolak?”

“Asif akhi, saya tak dapat jelaskan pada akhi siapa yang melamar saya dan kenapa saya tidak dapat menerima lamaran akhi. Dengan cara akhi sebegini, lagi membuatkan saya yakin, akhi tidak akan dapat menerima jawapan saya. Asif akhi, saya tak boleh berlama-lama di sini. Begitu juga akhi, sini kediaman Puteri. Akhi sepatutnya jelas tentang itu. Assalamu'alaikum akhi.”

“Raudhah, tunggu!”

Raudhah berjalan meninggalkan Akid. Dia ingin lekas segera beredar dari situ. Akan tetapi Akid masih berdegil dan tidak berpuas hati dengan jawapan Raudhah. Akid cuba melarang Raudhah beredar sebelum dia mendapat jawapannya. Akid secara tidak sengaja menarik bahu Raudhah dan selendang yang dipakai Raudhah tercabut dan berada di dalam genggaman Akid.

Raudhah jadi bertambah malu kerana kelakuan Akid. Secara tidak sengaja dia menampar pipi Akid.

“Asif akhi, saya tidak sengaja…"

“Tak…tak mengapa Raudhah, saya yang bersalah.”

“Akhi, saya lebih tenang mendengar akhi memanggil saya ‘ukhti’ daripada memanggil nama saya.”

Akid terdiam. Selendang Raudhah masih di tangannya.

“Akhi, baiklah. Jika akhi mahu tahu siapa yang melamar saya. Jika itu jawapan yang akan membuatkan akhi beransur dari sini. Saya akan beritahu akhi. Datanglah ke kawasan kediaman Puteri ini tepat malam sabtu selepas azan pertama solat Isya’ tiga hari dari sekarang. Nanti akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya menerima dan tidak dapat menolak lamarannya. Sebelum hari itu, akhi janganlah datang ke sini atau bertanya apatah lagi berfikir tentang saya. Selendang itu, akhi simpanlah sebagai hadiah daripada saya, Assalamua'laikum, jaga diri jaga iman ya akhi…”. Raudhah beredar dari situ.

Akid masih terpana di kawasan kediaman Puteri dengan selendang Raudhah di tangannya dan bekas tamparan Raudhah di pipinya.

#####

Tepat tiga hari selepas masa yang diberitahu Raudhah kepadanya, dia datang ke kawasan kediaman Puteri. Namun Akid datang sebelum Isya kerana dia begitu penasaran untuk melihat siapa yang telah berjaya membuka pintu hati Raudhah.

“Assalamualaikum.”

Akid tersedar dari lamunannya selepas mendengar orang memberi salam. Dia lekas menjawab dan melihat seorang lelaki sebayanya berdiri tidak jauh darinya.

“Tunggu apa akhi di sini, bukankah sini kawasan kediaman Puteri?”. Lelaki itu bertanya kepadanya.

“Akhi tanyakan saya, tapi akhi sendiri buat apa di sini?”

“Saya ada sedikit urusan di sini selepas isya' nanti, jadi sebab itu saya ke sini.”

“Oh? Urusan dengan penghuni asrama ini ke?”

“Lebih kurang, begitulah. Akhi masih belum menjawab pertanyaan saya, apa yang akhi buat di sini?”

“Saya menunggu seorang penghuni asrama ini. Saya datang kerana hendak tahu siapa yang melamarnya sebelum saya dan kenapa dia menerima lamaran itu.”

“Oh, begitu ya. Mungkin akhi ini orang yang dimaksudkan seorang penghuni di sini kepada saya.”

“Maksud akhi?”

“Tadi semasa saya baru tiba di sini, ada seorang penghuni asrama ini mengirimkan sesuatu kepada saya. Katanya akan ada seorang lelaki menunggunya di sini dan dia meminta saya menyerahkan ini kepada lelaki itu.” Lelaki itu menghulurkan sepucuk surat kepada Akid.

“Asif akhi, saya perlu beredar kerana urusan saya hampir tiba masanya, InsyaAllah nanti pasti kita akan berjumpa lagi. Assalamu'alaikum akhi, jaga diri jaga iman." Lelaki itu beredar sebelum sempat Akid menjawab salamnya.

Akid membuka surat itu dan membacanya perlahan-lahan.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,

Assalamu'alaikum akhi Akid, apa khabar akhi? Moga terpelihara kesihatan dan iman hendaknya. Saat akhi membaca surat ini, saya berkemungkinan sedang mempersiapkan diri saya untuk persiapan terakhir sebelum datang menerima lamaran yang saya nantikan. Akhi tak perlu risau kerana tak lama daripada akhi membaca surat ini, akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya tak menolak lamarannya.

Akhi, saya ingin sampaikan beberapa pesanan kepada akhi sebelum saya tidak lagi boleh berpesan kepada akhi kerana terikat dengan lamaran saya kerana setelah saya menerima lamaran itu, tak mungkin saya akan dapat berhubung dengan akhi.

Pertama-tamanya, saya ingin berpesan kepada akhi, satu rahsia mengenai kebahagiaan. Saya faham mungkin tindakan akhi kepada saya beberapa malam sebelum ini kerana akhi tidak dapat menerima penolakan saya dan hati akhi tidak tenteram dan bahagia. Jadi saya ingin kongsikan kepada akhi apa itu kunci kebahagiaan. Kunci yang akan dapat membuatkan akhi mendapat kebahagian ialah tidak lain dan tidak bukan dengan menerima dengan percaya dengan sepenuh kepercayaan akan Qada Qadar. Tak boleh tak. Jika akhi menolaknya, maka akhi menolak satu daripada rukun keimanan dan rukun iman memang kita mesti menerima kesemuanya bukan sebahagian sahaja daripadanya.

Kedua, jika akhi kasihkan kepada seseorang, kasihkanlah dia kerana Allah, kerana dengan mengasihi seseorang kerana Allah akan dapat membuatkan akhi selesa di sana dan berkumpul dengan orang-orang yang berkasih kerana-Nya dan mendapat terus Rahmat secara langsung dari-Nya di sana kelak.

Ketiga, apa–apa pun yang akhi cakap, fikir, rasa, dan lakukan, ingatlah supaya semuanya berasas kerana dan untuk-Nya semata-mata tidak boleh kerana selain-Nya, kerana perbuatan seperti itu akan mengelakkan akhi daripada menyekutukan-Nya. Apa akhi mahu menyekutukan-Nya? Tentulah tidak bukan.

Dan terakhir, saya ingin akhi tahu, sejujurya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya dan akhi tidak terlewat melamar saya, malah, akhi lah orang yang pertama melamar saya dan saya sangat senang untuk menerimanya. Cuma lamaran yang saya terima ini, tidak memungkinkan saya untuk menerima lamaran akhi.

Asif akhi, saya tak punya banyak masa lagi untuk menulis. Saya teramat perlu untuk mempersiapkan diri saya. Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi.

Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana lamaran akhi, jika tidak kerana lamaran yang saya tunggu ini, tentu sekali saya akan menjawab ‘ya’ pada lamaran akhi.

Akid tersedar dari membaca surat bila azan isya' berkumandang. Dia cepat-cepat melipatkan surat itu dan menyimpankannya di dalam poket bajunya dan berlekas-lekas untuk bersolat. Seusai azan siap berkumandang, terdengar jeritan dari kediaman Puteri. Akid tiba-tiba berasa tidak enak. Dia hendak ke sana, tetapi kerana itu adalah kawasan larangan untuk lelaki, Akid membatalkan hasratnya. Dia menanti sahaja di luar dengan hati yang berdebar-debar. Tidak lama selepas itu, Akid melihat beberapa orang ustaz dan ustazah bergesa-gesa ke kediaman Puteri. Akid sempat menahan seorang ustaz yang seusia dengannya.

“Asif akhi, kenapa akhi dan semua orang bergegas ke kediaman Puteri?”

“Ada seorang penghuni jatuh rebah selepas usai mengangkat wuduk.”

“Jatuh rebah?”

“Meninggal dunia akhi, ada seorang pelajar meninggal dunia selepas mengangkat wuduk, Raudhah namanya. Asif, saya perlu segera ke sana, Assalamu'alaikum akhi.”

Jantung AKid tiba-tiba bagai terputus dari tangkainya. Kakinya lemah. Dia terduduk.

“Satu dari kunci kebahagiaan ialah menerima Qada Qadar…”.

Akid memegang dadanya.

“Jika kasihkan seseorang, kasihkannya kerana Allah…”

Akid merasakan dadanya bagai dihiris-hiris mata pisau.

“Sejujurnya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya…"

Akid merasakan matanya bergenang.

“Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi…”

Akid meraup wajahnya. Matanya bergenang hebat. Dadanya lumat dihiris-hiris.

“Raudhah. Namanya Raudhah. Dia meninggal dunia selepas mengangkat wuduk.”

Akid menangis semahu-mahunya. Surat di dalam poketnya dikeluarkan dan digenggam erat-erat. Selendang ungu yang dibawa dengan hasrat untuk dipulangkan ditekup di wajahnya. Akid menangis semahu-mahunya….

#####

Akid tersedar daripada lamunannya. Dia melihat selendang ungu di tangannya. Dia menghirup angin bukit tinggi dalam-dalam dan dilepaskannya kembali.

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Raudhah, terima kasih kerana mengajarku erti cinta sebenar-benarnya…"



wassalam.....

Terima kasih untuk semuanya Raudhah. Terima kasih atas segalanya Allah.

Related Posts with Thumbnails