salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Khamis, 7 Julai 2011

Dari SAHABAT buat SAHABAT

Bismillahirrahmanirrahim....



Assalammualaikum wbh...


Alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang menghirup udara yang segar dan menikmati secebis kurniaan Allah di muka bumi ini. Melihat siang berganti malam, minit-minit bertukar hari, hujan menyelubungi tatkala mentari terik bersinar dan debu2 pasir ke sana dan ke mari mengikut rentak ciptaanNYA.. Pabila kita menyusuri kehidupan pasti ada permulaan dan pengakhirannya. Begitu jua dalam perhubungan.. yang pabila Allah mengkehendaki kita bersahabat, maka terjadilah jalinan ukhuwah antara sesama manusia... dan apabila ALlah tidak mengkehendakinya.. terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan agar ketenangan diperolehi dan teladan yang baik dimiliki untuk terus tegar dalam melangkah dalam kehidupan yang masih belum menemui jalan akhirnya... Dan tinta hati ingin berkongsi sebuah kisah benar untuk direnungi dan dihayati bersama. Semoga mendapat manfaat dan menjadi pengakhiran yang baik buat kita semua.. i.ALlah...  


Dari Sahabat buat Sahabat


Tersenyum sendirian daku dihadapan komputer riba yang kusam. Kekunci papan komputer riba yang bertanda anak panah ke kanan kutekan selang 30saat. Setiap kali jariku  menekan butang itu,satu demi satu paparan gambar terpapar di layar skrin di hadapanku. Setiap satu paparan gambar berwajah itu menyembunyikan seribu kenangan dan peristiwa tersendiri. Memang tidak dapat kunafikan lagi, bahawa aku jua merinduinya.. aku merindui dia yang pernah menjadi peneman ketika aku sendirian, yang cuba kufahami sifatnya, yang kuhafal tingkah lakunya, yang sedia ada untuk sentiasa kuambil berat, pernah menangis dan ketawa bersama-sama..dialah seorang KAWAN… 

Bila teringat balik kisah ni, rasanya macam kisah-kisah dalam drama kat televisyen pun ada. Tapi nak ataupun tak, percaya ataupun tidak,ia benar-benar kulalui sendiri. Kisah ini ku tulis supaya si dia tahu isi hatiku dan apa yang ku rasa. Teringat kembali masa kami mula-mula bertemu, masa tu dia pakai baju kurung biru,begitu juga aku. Kami sama-sama masuk ‘audition’ untuk pertandingan pidato. Masa tu dia yang tegurku dulu dalam pelat-pelat cinanya. “u pun masuk pertandingan ni ka?” aku yang sedikit terkedu pun jawab je la “haah..awak masuk juga ke?” aku enggan mengalah untuk membahasakan diri saya dan awak. “yes..i pun masuk jugak”. Kami berbalas senyuman. Perbualan kami hanya terhenti disitu. Tapi yang pastinya, masa tu kami sama2 tak layak untuk menyertai pertandingan tu.. Xde rezeki nak wat camne kan....


Semester baru pun bermula, xdisangka kami dipertemukan kembali. Kebetulan kami mengambil kos dan dalam fakulti yang sama. Disinilah perkenalan kami menjadi lebih erat. Kemana sahaja kami pergi pasti berdua, di waktu makan, shooping, berjumpa pensyarah dan di mana2. Tambahan lagi, aku tak ramai kawan Melayu. Lagipun dalam kos ini kebanyakannya Chinese.. Melayu boleh dikira dengan jari. Pun begitu, kami gembira berkawan walaupun kami berbeza bangsa dan agama. Dia selalu ingatkan aku ketika waktu solat. Kalau kami nak beli makanan, dia akan tengok dulu tanda halal. Aku senang bersamanya. Memang dia banyak bertanya akan Islam. Kerap juga dia tidur denganku ketika kami study di bilik bersama-sama. Aku tidak lupa untuk menutup aurat. Dan dia juga faham bahawa aku perlu menutup aurat walaupun dia seorang perempuan.. Kerana dia non-muslim.

Hubungan kami memang sangat rapat. Namun, langit itu tak selalunya cerah. Dia sedar bahawa ramai kawan chinesenya tidak senang dia berkawan denganku serta ramai yang meminggirkannya. Aku juga sedar ketika aku bersamanya, ramai kawan-kawan Melayu yang memandang dengan pandangan yang sukar ku tafsirkan. Memang xdinafikan pelajar Chinese senang memahami ilmu intelektual dan maklumat. Kadang kala, si dia sering ketinggalan jika kawan2nya perolehi maklumat yang penting.  Rasa kasihan dan bersalah sering membelengu diri ini kerna dia diperlakukan seperti itu. Tapi dia cakap dia tak kisah. Jika ada tugasan tutorial yang perlu disiapkan, kami akan cuba sedaya upaya berbincang dan buat sendiri. Namun, nak ditakdirkan satu hari kami sama-sama tengah bbincang tugasan tutorial. Tapi, memang tugasan tutorial kali ni teramat susah hinggakan satu soalan pun tak mampu kami  selesaikan. Dia nampak sedikit berserabut. Tambahan pula dia seorang yang sangat bencikan kegagalan. Markah tutorial kali tu memang banyak.. Kalau kami tak dapat buat, pasti menjejaskan markah exam.. 

Disaat runcing tu, sekumpulan kawan-kawan Chinese datang mendekati kami. Mereka mengajak dia untuk pergi makan bersama-sama sedangkan kami baru saja makan. Tapi, dia setuju untuk pergi bersama mereka lantas meninggalkan aku sendirian. Aku agak terkedu kerana disaat genting seperti itu dia pergi meninggalkanku. Sedikit air mataku mengalir. Namun, aku tak beralah, aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan soalan itu sendirian. Tanpa aku sedari ada seseorang sedang berdiri dihadapan mejaku. Aku mengharapkan dia, namun yang ada adalah seorang kawan Melayu se kos dgnku. Aku melemparkan senyuman pedih. Kawan Melayuku itu bernama Ina cuba memujuk walaupun Ina tak tahu apa yang terjadi. Aku cuba menceritakan mslhku kpd Ina dan dia cuba untuk memahamiku. Ina membantuku untuk menyiapkan tugasan tutorialku yang tergendala. 


Setelah pulang dari menghantar tutorial, aku mendapat mesej dari dia. ‘Hi, mus, saya terpaksa tinggalkan awak. Saya mintak maaf. Saya perlu siapkan tutorial saya. Hanya kawan-kawan Chinese saya yang dapat bantu saya. Saya tak mahu gagal. Maaf mus..kalau diberi peluang masa diputarkan kembali, kalau perkara ni terjadi lagi, saya pilih untuk lakukan benda yang sama iaitu tinggalkan awak dan sakitkan hati awak. Sorry.bye’ Tersentak aku setelah membaca mesej dari dia. Aku berasa sedih, tapi ku fikirkan kembali, aku patut lepaskan dia untuk mencapai kejayaan yang dia impikan. Aku sedar bahawa dia terseksa menghadapi hari-hari bersamaku. Aku menunaikan solat memohon pada Ilahi. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membukanya. Terkedu aku apabila melihat dia dihadapanku. Matanya sedikit bergenang. “I'm sorry” tu je perkataan yang ku dengar lalu airmata ku tak dpat di tahan-tahan lagi.Setelah itu, kami masih lagi gembira bersama. Dia sedar bahawa dia telah menyakiti hatiku dalam dia tidak rela. 

Tidak berapa lama selepas itu, kami diuji lagi. Sehingga ujian terakhir untuk memutuskan tali KAWAN yang hampir rapuh. Ibu dia datang ke bilik ketika kami sedang sama-sama belajar. Aku mempelawanya masuk. Tapi dia tak mahu. Dia kelihatan terkejut dengan perwatakan dan pakaianku yang ditutup litup, terlalu berbeza dengannya yang berbeza agama. Saat itu, ibu dia tak berkata apa- apa. Namun, setelah beberapa hari berlalu, si dia tidak lagi datang kebilikku. Ketika di kelas, dia bagai mengelak dari bertemu denganku. Saat itu, sekali lagi aku berasa sedih. Namun, Ina hadir  menemaniku. Memujukku tanpa jemu serta menasihatiku. Setelah itu, aku cuba untuk berkawan rapat dengan Ina. Aku sudah tidak ipedulikan lagi si dia walaupun kadang-kadang aku sedar bahawa dia sering menjeling tatkala aku bersama Ina. Dia kelihatan tidak seronok bersama kelompok kawan-kawan Chinesenya. Tapi aku hanya berharap bahawa dia akan bahagia bersama kawan-kawannya.

Kini aku sudah rapat berkawan dengan Ina. Ina seorang yang sangat membantu dan penuh dengan nasihat. Mengenalinya amat istimewa dan suatu anugerah. Satu hari, aku menghantar post di status facebook Ina menandakan aku amat menghargainya dan sebenarnya menceritakan bahawa aku merindui si dia yang mungkin sudah melupakanku. Namun, apa yang aku dapati si dia ‘LIKE’ status itu menandakan dia juga membaca page yang aku tulis. Aku sedikit sebak. Namun ku tahan. Aku membuka page facebook si dia. Aku membaca status yang ditulisnya. ‘I don’t know why, but I feel lonely’…airmataku laju membasahi pip. Hatiku berdetik ‘if loneliness is your happiness, I’ll let you go’. Begitulah kami sehingga kini berdiam diri walaupun saling mengingati.Masih ku ingat dia pernah cakap pada ku “mus, kalau saya mati, you menangis tak?” tak semena-mena aku terus menangis. Dia cuba memujukku. “saya cakap kalaulah…kenapa awk nangis??janganlah menangis mus.. jangan buat rasa sayabersalah..awk dah banyak kali menangis sebab saya..im sorry mus” aku mengawal sebakku. Aku sedih kerana ketika itu dia tidak sihat..Bila mengingatkan kisah-kisah ini, hatiku sering terdetik. 

‘Jika awak perrnah cakap pada saya bahawa kalau masa diputarkan kembali awak akan pilih untuk tinggalkan saya dan sakitkan hati saya, saya nak awak tahu…kalau masa diputarkan kembali, saya akan pilih untuk lepaskan awak untuk tinggalkan saya dan biarkan awk sakitkan hati saya…sebab kalau diputarkan kembali masa, saya akan pilih kebahagiaan awak walaupun saya merana..’ 

lagu ni untuk awak yang bernama KAWAN…-si dia
untuk sahabat yang bernama teman..-Ina



Somewhere to find a friend like u..
Some how when ur around 
The sky is always blue
The way we talk the thing u say,
The way u make it all ok
And how u know,
How low my jokes
But u laugh anyway..

If I could wish for one thing
I’ll take the smile that u bring
Wherever u go in this world
I’ll come along..
Together we dream a same dream
What ever im here for u u here for me
Like two voices one song..
And when u where u are
U know I’ll be along
And when u call my name
Im listen to the sound..

If I could wish for one thing
I’ll take the smile that u bring
Wherever u go in this world
I’ll come along..
Together we dream a same dream
What ever im here for u u here for me
Like two voices one song..

p/s : Semoga mereka kembali menjalin persahabatn nan suci... kerna ukhuwah itu anugrah ILahi yang sukar untuk dicari jika bukan benar2 bermaksudkannya... Hargailah sebuah persahabatn jika tidak mahu kehilangan baru kte belajar utk menghargai.... Salam persahabatn buat semua.... Untukmu Sahabat Klik Sini



                                                              wassalam.... 

Khamis, 9 Jun 2011

Kahwin??? Senang jeh

Bismillahirrahmanirrahim...

Mencintaimu mjadikan cintaku pada ILahi smkin utuh


Assalamualaikum wbh...

Alhamdulillah hari-hari yang dilalui semakin mendatangkan keinsafan utk mperbaiki diri, walau tidak sebesar titisan air, sebesar zarah pown cukup memadai... oh ye, arini ana ingin berkongsi pandangan dan luahan mengenai kahwin... Kahwin?? amboiii cik ira kte ni dah mule bckap ttg kahwin nampk...hehe sekadar-kadarnye ye... =)

Orang kata xkenal maka xcinta, dari mata trun pula ke hati, dari dengar2 mula ingin mengetahui, dari kenal2 mula berjumpa... dan selanjutnya berhubungan sehingga mendatangkan satu perasaan sayang, cinta dan nak sentiasa berada disampingnya  hingga ke jinjang pelamin.. ye bagus jika hubungan direstui kedua mak ayah, kawan2 dan sewaktu dengannya.. asalkan masih mengawal batas2 pergaulan dalam perhubungan.

Tadi baru ana menonton crite ahmad albab, banyak pengajaran yang boleh diambil. "kebahagian bukan terletak pada manusia, tetapi semuanya bergantung dengan keredhaan dan kerahmatan ALlah" betul x?? mestilah... kalau manusia tidak melakukan ape yang dprintah dan meninggalkan larangannya, macamana hidup nak bahagia kan3... al maklum, jika dilihat zaman sekarang, waima semakin maju dan canggihnya teknologi sekalipun, kalau manusia xde akhlak, hilang pedoman, melakukan ssuatu blandaskan hawa nafsu, macamana nak hadapi ujian seandainya ALlah berikan?? macamana nak kawal ssuatu msalah jika nafsu amarah yg menjadi pemacu? mcamana nak djadikan contoh kalau diri sndri masih keawang2ngan mencari panduan?? 

Jika dilihat harini ini, ramai sahbat2 kte yang bkahwin muda kan?? orang kata " jodoh dah sampai" " "dah lama kawan, xnak wat maksiat byk2" tapi entahla ye.... dorg fikir kahwin ni senang agaknya... asalkan cinta itu ada, dah ckup memadai ke syg uuui..??? cuba lihat pkahwinan zaman dulu ngn zaman skrg... klo zaman dlu, memang ramai kwin muda, tapi sebahagian besar alhamdulillah sampai ke liang lahad pown masih utuh kasih sayangnya.. xde cerai berai ni semua... tapi nak dibandingkan dgn zaman skrg... masyaallah.. dahsyat kan shbat2... makin muda kwin, makin suka plak dengan cerai berai nih. bergegar tiang arash sahabat syg... xkesian ke anak org dipersia2kan stelah janji tmetrai, kasih tsemai, akad dah sah... 

Senang dan amik mudah je kan dorg ni... katanya xde persefahaman, die main kayu tiga, dia dah ade org lain... isyh2 senangnya melafazkan talak... ingat anak orang tu barang mainan ke?? bila nak amik, simpan, sayang.. bila dah xsuka trus buang.... dalam Islam itu sndri dah menggariskan beberapa kriteria dlm mmilih calon : boleh rujuk di sini DI SINI

Sedih bila tgok shbat2 dan saudara2 kte yang berkahwin tapi hanya sktika cuma...bila ana lihat program Imam Muda yg lepas, tugasan jadi kaunselor bagi psangan2 yang mahu bercerai, bermacam2 ragam klihatan.. ada yg tengking menengking, salah menyalah, tuduh menuduh... walhal mse bcinta smuanya baik2 je... saya faham awak, awak faham saya... tapi bila dah bersama... cmtu lah..ada je yang xkena... 
sbnarnya dlaman mreka masih kurang lagi.... ikut nafsu, lesu, ikut hati mati, ikut badan binasa... wallahualam... 

tinta hati ~ ஜ۩۞۩ஜ Labuhkanlah rindumu pada ALlah, pasti DIA xkan menolaknya, satukan cintamu pada ILahi, pasti DIA xkan mngecewakannya, lebarkan sayangmu pada Ya Robbi, pasti drimu bahagia buat slamanya.... dan DIA akan mmberikan sdikit cinta umatnya kpdmu kelak agar meluas cintamu padaNYA.. pasti dia mmberikan  kamu pada yang berhak...wink3 ஜ۩۞۩ஜ

boleh tuju lagu ??? hehe klik SINI dan SINUN

Ahad, 5 Jun 2011

Pasti ada hikmahNYA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbh

ALlahu Robbi.... Apa khabar shbat2 ana yang amat disayangi sekalian, pada yang jauh bertaut, yang dekat memaut dan yang rapat saling mengingatkan antaranya. Sekian lama ana menyepi atas urusan dunia yang terkdg bisa melalaikan... Namun, sejauh mana ana pergi, hati dan iman ini sering kali mengingatiNYA. Tiada keraguan mahupun kealpaan. Dan tinta hati ingin melimpahkan rindunya...



Di suatu petang yang hening, kelihatan 2 beradik sayup-sayup menjerit berebutkan mainan. Datang si kakak dengan tergesa-gesa dari arah dapur. " Kamil..!!! Bagi adik main dulu, nanti adik bosan, Kamil mainla puas-puas. Tergaris seraut wajah marah menandakan ketidakpuasan hatinya terhadap sang adik. Monyok dan memberontak  memekik-mekik menghinggarkan ruangan tamu. Lalu si kakak yang kepenatan terkejar sana sini mengambil rotan dengan niat menakutkan si abang.

Kamil..!!! Nak kena rotan ek? Kang ada yang berbilai menangis tak berlagu ni... Terdiam seketika si abang melihat gerunnya muka kakak yang masih kelelahan membuat bermacam kerja dari pagi. Si adik mula berlalu ke halaman untuk bermain sambil menarik tangan abangnya. Hirwa mengucap di dalam hati. " Ya ALlah.. maafkan hambaMU yang lemah ini dalam melempiaskan nafsu amarahnya " Hirwa menyambung semula kerja yang terbengkalai di dapur sambil sempat melihat kelibat si kecil merangkak mendapatkan kain.

Lima minit kemudian, Hirwa berlalu ke ruang tamu untuk memerhatikan si Thalif yang mula merengek mintak didokong. Dibawanya Thalif ke halaman sambil menyorong buaian dengan niat menidurkan si kecil. Baru sahaja Thalif melelapkan mata, Kamil dan Kamal mula membuat bising sehingga mengganggu keselesaan Thalif. Lantas Hirwa memarahi keduanya agar diam barang sebentar. Suasana mula sepi seketika....

Kamal mendekati Hirwa yang sedang melepaskan lelah dengan membaca keratan akhbar.. Lalu diriba Kamal dengan penuh mesra agar tidak terasa di hatinya kemarahan Hirwa sebentar tadi. Kamil meninggalkan mainan dan menekan punat tv untuk menonton cerita karton kegemarannya sambil memanggil adiknya si Kamal. Berlarian anak Kamal meninggalkan Hirwa mendapatkan abangnya di ruang tamu. 

Hirwa.... mari mak henjut Thalif, sambil-sambil renggangkan otot ni. Lamunan Hirwa terhenti lantas membawa buaian masuk mendekati emaknya dan berlalu ke tandas mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Zuhur yang telah 2jam berlalu.. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Hirwa menunaikan solatnya dengan penuh tertib. Tidak semena-mena air matanya mengalir deras membasahi pipi pabila mengadap ILahi. Seusai salam kedua, berderaian air mata sambil meluahkan isi hati yang terbuku memohon agar semuanya menjadi lebih baik pada masa hadapan. Dalam nurani hatinya, Hirwa membisikkan kata, Wahai hati.. bersabarlah... semuanya pasti kan ada HIKMAHnya.....

wassalam... 

Isnin, 11 April 2011

SubhanaAllah Ayunya saya Andai...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh..

Cantik ke Saya??
Rambut yg ikal mnjadi tatapan
Haruman yg mewangi tatkala dilepaskan
Kehalusan tiap2 helaian ribuan 
Membuka mata sang adam mlihatnya
Memuji2 kecantikan yg ada

Cantik ke Saya??
Berfesyen mngikut trend terkini
Tampak menutupi tubuh jasmani
Mengikut ukur tubuh nan indah
Baju yg singkat ku sarungi
Kain nan tipis mnjdi hiasan
Melilit seksa ke tubuh tatkala dikenakan
Nafsu adam merajai mata dan hatinya
Suara2 nakal mjentik hati 

Cantik ke Saya??
Bertumit tinggi berinci2
Berbunyi2 tatkala dkenakan
Meraih phatian sang adam mdengar
Dengan gelodak nafsu tidak btepian
Wanita itu cantik..........

Cantik ke Saya??
Tiap kali melangkah keluar
Hiasan muka mnjdi santapan 
Solekan nan tebal mengasyikkan
Bauan mekar dihidu
Pastinya ternoda mata sang adam
Ya...
Dia sangat cantikk..!!!

Lalu datanglah seorang lagi hawa
Berbeza darinya

Tudung yg labuh mnutupi aurat
Mematikan hasrat sang adam
Kerna keindahan itu milik sang suami
Tatkala sah mnjdi hak yg kekal abadi

Andai kain tebal dan labuh menutupi tubuh
Menyembunyikan maruah dri tpelihara
Andai liuk lentok tidak terlihat
Pastinya kasih ILahi dtg mlekat
Andainya diri terjaga rapi

Kasihnya insan membawa ke syurgawi


wassalam...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Indahnya ILMU & UKHUWAH

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalammualaikum wbh....

Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untuk meniti kehidupan ini. Benarlah pabila kita menginjak dewasa, smkin byk pengalaman dan ilmu yang kita perolehi. Kenangan demi kenangan pasti menyingkap 1001 rahsia yg tsemai keindahan, mencuit senyuman dan menggetar tabir hati tatkala tbayang di mata. Masih teringat saat akhir kaki mlangkah kluar dari sekolah utk mniti dan mnimba ilmu di alam universiti. Diam xdiam dah tinggal beberapa langkah lagi kita smua  mengakhiri perjuangan utk bgelar graduan. Rupanya waktu blalu bgitu cepat hingga kita sndri kan terasa perpisahan itu mhampiri. Dan tinta hati berbicara mniti bait2 lagu menara gading yg bkumandang di halwa telinga... Khas utk antum smua... Slamat mhayati dan smoga bmanfaat dlm ukhuwah yg tbina.... 


MENARA GADING
by : Suara Hati

Kita bertemu di hari ini
Di perkampungan menara gading
Kita menjadi saksi
Berhimpunnya anak2 negeri

Membawa bersama harapan ibu bapa
Mencari secebis ilmu 
Buat bekalan di dada
Dalam mencari keredhaanNYA

Kita kan bertemu lagi
Kita melangkah ke menara gading
Pertemuan pertama kali
Berteraskan keimanan
Membuah persaudaraan
Itulah ikatan hati

Kita bersama tempuhi segala halangan
Berbekal iman dan tarbiyah
Beserta sedikit ilmu dan pengalaman
Dan berkat doa ibu dan bapa

Sahabat
Kita bersama membawa
Harapan dan cita-cita
Menjadi insan yang bertaqwa
Menjadi titik bermula
Ukhuwah sesama kita
Untuk berbakti pada semua

Kerana CINTA pada Yang ESA
Kerna UKHUWAH kita BERSAMA

Syukran yang xthingga pada antum smua kerna sudi mnerima ukhuwah ana, insan biasa.. Semoga saat2 indah kita mnjalani khidupan di menara gading ini mmbawa 1001 keindahan dan kenangan untuk menyemai keindahan psaudaraan hingga ke syurgawi sana... Pasti suatu saat kita smua merindui detik2 itu... Semoga kerinduan itu lahir dari hati yang mendambakan keredhaanNYA.. Lots of love dari ana buat smua.. Selamat bjuang dan bertemu kite di pentas kejayaan nnti.. i.ALlah.. mudah2han...

wassalam...

Sabtu, 25 September 2010

CINTA si Dia & CINTA Allah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ingatilah ALLAH walau sesaat
Assalammualaikum wbh.....

Alhamdulillah syukur Ya ALlah mmberi kesihatan bpanjangan pada ana, Alhamdulillah bulan syawal masih di zonnya.. Alhamdulillah ana dpt mlaksanakan ibadah dan diberi kkuatan mghabiskan puasa enam.. Bagaimana dgn antum smua? Semoga spti ana jua.. Tinta hati bbicara kembali utk kita semua menyelami jauh di lubuk hati...


 CINTA SI DIA & CINTA ALLAH 

ஜ۩۞۩ஜ
-----------------------------------------------------------
 Bila senang yg ku ingt si dia,
 BUKAN kusyukuri nikmat Allah.. 
Bila sakit yg ku perlukan si dia, 
BUKAN ku mohon kesembuhan dari ALlah,
Bila ku gembira yg ku ceritakan pada si dia,
BUKAN berterima kasih pada ALlah, 
Bila gelisah ku menelefon si dia, 
BUKAN ku mengadu pada ALlah, 
Bila sedih aku beritahu si dia, 
BUKAN merintih di hadapan ALlah 
Dan bila si dia meninggalkan aku
Yang ku salahkan ALlah 
BUKAN mempercayai Qada' & Qadar ALlah.. 
Bila esok ku bernyawa lagi, yg ku kenang si dia, 
BUKAN ALlah..

Selalu ku bersama si dia, 
Tapi jarang sekali dgn ALlah.. 
Selalu ku teringat si dia,
Tapi jarang sekali ku Rindu ALlah..
Selalu ku mendampingi si dia,
Tapi jarang sekali ku bteleku di hadapan ALlah...
Selalu ku say I LOVE U pada si dia,
Tapi sukarnya pada ALlah...

Sampai 1 saat, 
Bila aku kembali padaNYA,
Yg ku temui ALlah 
BUKAN si dia yg kuSanjung, yg kuSayang, yg kuCinta... 

Bila ALlah bertanya, aku hanya diam mmbisu.. 
Aku diseksa, aku dihukum... 
Tapi si dia xdatang menolongku... 
Bila ku ditanya lagi.. 
Aku jawab tidak tahu..!!!
Aku diberi azab seksa yg tidak terperi sakitnya.. 
Kelibat si dia pown aku xnampak...
Saat ini yg ku ingat BUKAN si dia.. 
Tapi ku merintih hiba, meratap simpati, 
Merayu dan memanggil ALlah, ALlah, ALlah.. 
BUKAN lagi si dia... 

Kala itu yg ku harapkan ALlah mmberi peluang utk aku btaubat dan sntse MENYINTAI, 
MENYAYANGI, MENGINGATI & MENGASIHI ALlah 

BUKAN si dia..

Ya ALlah, yang ku perlukan hanya diriMU
Ya ALLAH, yg ku kusyukuri nikmatMU 
Ya ALLAH, yg ku dambakan hanya CINTAMU
Ya ALLAH, seandainya esok masih ada
CINTA ini melabuh padaMU
KASIH ini bertebaran hanya utkMU
RINDU ini ku sampaikan kpdMU
-----------------------------------------------------------------------
 ஜ۩۞۩ஜ

Semoga hati2 kita sering mngingatiNYA, mmrlukanNYA dan mnyintaiNYA... Syukran ukhuwah ini shbat2...Maafkan ana slama pknalan... Ana akui ana insan yg lemah lagi hina di hadapanNYA...

CINTA si Dia & CINTA ALLAH

wassalam....

Rabu, 8 September 2010

Cahaya Cinta Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalammualaikum wbh........

Alhamdulillah... ku panjatkan kesyukuran dalam sanubari... Di Ramadhan ini, ku temui ketenangan yg abadi.. bait2 kasihNYA mlingkari dan mlengkapi nadi2 denyutan nafasku.. Tinta hati bbicara kembali.. mncari Cahaya Cinta Ramadhani...

Di Ramadhan ini...
ku meniti hati yg kian rosak
jiwa yg bkecamuk
minda yg dicarik rasa bsalah
bicara tiada rasa
prilaku tiada rupa
tingkah tiada gaya
Rasakan enaknya nikmat dunia
kasihnya ILahi dibiar bmuram duka

Di Ramadhan ini...
Shbt2 tersenyum riang
menemani titian2 akhir Ramadhan
Mencri knikmatan tsembunyi
Keluh resah sering tlihat
Mndamaikan kisah sedih tpinggir
Dek watak2 jiwa yg mmesongkan
Dunia dipentingkan
Akhirat ditinggalkan

Namun...
Dalam kegelisahan dan kelemasan
Ana menongkah arus
Mencari makna Ramadhan
Kerna hati ini amat merindui
Cahaya cinta Ramadhan
Bersinar indah di alam ciptaan tuhan
Tersenyum riang burung bkicauan
Pasti tsirat 1001 kisah di dlmNYA

Alhamdulillah...
Sebelum Ramadhan brakhir pergi
Cahaya cinta Ramadhan menjenguk diri
Hilang keresahan bmaharajalela
Sepi prilaku prosak jiwa
Bicara madah bbunga rasa
Pndangan mresap kdamaian hati
Nikmat ILahi kian disyukuri

Dan Cahaya Cinta Ramadhan
Permulaan membawa rasa
Pengakhiran mmbawa jiwa
Pasti watak2 hati yg suci
Menangisi pemergian Ramadhan
Kerna ade lagikah Cahaya Cinta Ramadhan
Di kala masa blalu sunyi
Tatkala usia mningkat kembali
Ramadhan ini pasti dirindui kembali....

wassalam...
Related Posts with Thumbnails