salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Jumaat, 4 Jun 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Syukur alhamdulillah... kerna saat ini ana masih bernyawa, Syukur alhamdulillah, kerna celik mata ini masih bernafas bersama, syukur alhamdulillah diberi kekuatan meniti kehidupan sementara, syukur alhamdulillah masih ada rasa kasih dan sayang dalam jiwa, syukur alhamdulillah ana hidup dalam kesederhanaan dan syukur alhamdulillah ku panjatkan hanya kepadaNYA. Syukran ya ILahi kerna memilih ana hidup dalam dunia ciptaanMU. Mungkin xsemewah si kaya yang berharta, mungkin xselengkap seperti dunia ini smua milik mereka, dan mungkin xsesempurna Nabi Muhammad yang sememangnya kekasihMU ya Robbi.. tapi keberadaan ana di dunia ini masih ada yang perlu digalasi, masih ada yang perlu dilunasi, masih ada yang perlu dilengkapi dan masih ade yang perlu dipertanggungjawapi.... i.ALlah slagi kudrat ini masih ada, selagi kekuatan ini hanya padaMU YA Robbi, akan ana salurkan pada yang berhak dan ana slesaikan semampu yang boleh semata2 keranaMU ya ILahi...

Syukur alhamdulillah....

Selaluku sakiti Engkau dengan dosaku
Kubalas segala kebaikanMU dgn kekurangn
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasaMU

ALhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih Ya ALlah
Atas nikmatnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Robbi
Atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku
Kubalaskan segala kemurahanMU dengan keburukan
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup
Adalah kuasaMU

ALhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih Ya ALlah
Atas nikmatnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Robbi
Atas rahmat dalam hidupku

Semoga usia yang semakin meningkat ini dapat ana gunakan sebaiknya di jalanMU Ya Robbi. Syukran Ya Allah kerna memberi peluang ana lahir di muka bumi ini. Syukran ya ummi kerna menjaga anakmu yang nakal ini walau dirimu kelelahan sekali. Syukran ya abi kerna sebelum pemergianmu telah kau ajarkan erti kehidupan duniawi. Syukran sahabat2 kerna kehadiranmu di sisi mampu menambah perisa dalam menyusuri onak dan duri. Syukran semua pengajarku dari kecil hingga kini kerna xpernah jemu menyalurkan ilmu yang berguna buat diri ini dan syukran buat semua menerima ana yang xsesempurna mana. Moga kebahagian, rahmat dan kasih sayang dariNYA melimpah ruah buat kalian semua... i.ALlah. hanya DIA yang mampu membalas segalaNYA..

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails