salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Ahad, 23 Mei 2010

Ada ape dengan mereka??

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalammualaikum wbh....

Salam alaik..... entry arini, ana nak berkongsi tentang satu ilmu yang berkaitan dengan soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing... Apa kaitan antara keempat2 ini.. Ikutilah kisah di bawah.... Selamat membaca.... =)

Soalan Jibril kepada Kerbau, Kelawar & Cacing

Pada suatu hari, ALlah swt memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya " Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah swt sebagai seekor kerbau. ".

Kerbau menjawab, " Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah swt yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri. "


Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya : " Hai kelawar. Apakah kamu selesa dijadikan oleh ALlah swt sebagai seekor kelawar. "


" Masya ALlah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada ALlah swt yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikan aku seekor cacing. Tubuhnya kecl, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.


Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada si cacing. " Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah swt sebagai seekor cacing."


Si cacing menjawab: " Masya ALlah, Alhamdulillah aku bersyukur kepada ALlah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai manusia.

" Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempura dan tidak beramal, ketika mereka mati, mereka akan diseksa selama-lamanya.."


Mengambil petikan dari satu iklan yang pernah ana dengari " Dalam dunia haiwan tiada manusia, namun dalam dunia manusia ada haiwan. Ini membawa maksud "Haiwan itu sememangnya sifatnya dalam kalangan haiwan. Tetapi manusia belum tentu di dalamnya adalah manusia, boleh jadi lebih buruk akhlaknya dari haiwan" Moga menjadi renungan buat kita semua.... wallahualam..

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails