salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 5 Mei 2010

RINDU TERLERAI

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh...

Semasa ana terdengar lagu "Rindu Syahdu di Hari Raya" teringat pula mak di rumah... Lamer sudah xbalik,....pasti mereka merindui diri ini. Dan ana leraikan dengan panggilan alam maya sebagai penghubung paling mudah untuk di sampaikan.... Mom.....Rindunya ana padamu...wink3

RINDU TERLERAI

Rindu...
Hati ini kembali mengucapkannya

Meluahkan sedikit rasa

Tersembunyi erat dalam jiwa

Mencari nafas utk diluahkan

Masih adakah peluang itu??


Rindu....

Ana rindu belaian bonda

Sudah lame tidak bersua muka

Masihkah terjaga kesihatannya??

Masihkah gagah seperti dahulu?

Dan masihkah ada keringat di dahinya??


Bonda....

Jika dahulu diri ini membesar di hadapanmu

Jika dahulu kenakalan ini masih terlihat di matamu

Jika dahulu kemanjaan ini terpamer denganmu
Jika dahulu karenahku dilayan tenang olehmu
Dan jika dahulu kau tersenyum pabila seleraku bertambah


Bonda...

Kini kita jauh terpisah

Hanya doa dapat kuutuskan buatmu di sana

Bukan ku bawa hati yang merajuk

Bukan pula ingin membawa diri yang lara

Pergiku kerna melangsaikan matlamat yang di cari

Demi sebuah perjuangan ilmu

Dan mengotakan janjiku pada abah....


Bonda....

Mungkin kini ku membesar sendiri

Berbekalkan kendiri dan kekuatan rohani

Anakmu melangkah sekudrat yang ada
Mencari sinar ilmu dunia

Agar dapat mengubah masa depan yang cerah

Moga ilmu itu bermanfaat buat diriku

Bonda...

Doamu sering kau kirimkan buatku
Agar diriku terjaga dalam peliharaanNYA

Dan sentiasa terpelihara hati dan akhlaknya
I.Allah mak....IRA kan pelihara seelokya

Sebagaimana anak yang mak knal dahulu


Rindu ini bertaut lagi...

Pabila dendangan lagu itu dikumandangkan

Sayu....syahdu dan mendamaikan

Lalu ku kirimkan rindu ini padamu

Walau hanya di ruangan maya

Suaramu pengubat rindu di hati

Seakan dekat di sisi ini


Dan pabila dikau bertanya tentang kepulanganku

Terdiam seketika memikirkan bilakah waktunya

Komitmen dan tuntutan ilmu membataskan ia

Sayu dan hampir menitis air di tabir mata ini

Bonda pown turut merasai ketiadaanku disisinya


Bonda.... Suatu ketika nanti...
Pasti kehadiranku kan mengunjungi

Bersabarlah wahai hati
Bersabarlah wahai rindu
Tatkala itu kan ku pulang dengan kepuasan dan kegembiraan

Membawa segulung ijazah yang diimpikan olehku

Dan harapan darimu serta abah nun di sana


Ya ALlah.....

Sewaktu hambamu jauh darinya

Peliharalah bonda selayaknya

Jagalah bonda sebagaimana dia mnjage seusiaku bersamanya
Berilah kerehatan padanya tatkala kelelahan melingkari

Dan moga kesihatannya sentiasa terpelihara....

Rindu ini kan terlerai tatkala hangatnya pelukan darinya...

wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails