salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 5 Mei 2010

Siapakah KITA???


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh.....


Salam bersua semula....Maaf pada antum2 semua yang setia menziarah blog ana jika sekiranya lame ana xmengupdate blog ini. Ana baru sahaja usai mengikuti induksi exco Anak Johor kemudian terus sambung pengajian untuk shortsem. Kudrat dan idea menyekat minda ana untuk menambah perisa dalam blog ini. Alhamdulillah, harini ana bkesempatan menyambung semula. Oh ye..dalam ana membelek2 group tazkirah & muhasabah, sempatlah ana mbace satu rantaian tazkirah yang sangat sesuai untuk dijadikan renungan bersama. Moga2 rantaian tazkirah ini membawa makna yang terbesar buat antum2 semua. Selamat menghayati dan selamilah ia ke dalam hati.

SIAPAKAH KITA ??

☛ Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


☛ Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


☛ Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


☛ Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.



☛ Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


☛ Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Moga kita semua bukanlah seperti yang di atas... Mudah2 han....=)

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails