salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 12 Mei 2010

MAri KETAWA.....=)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh..

Mari ketawa....sesuai utk mereka2 yang sedang bersedih...meh2.... comey dah die tersenyum...=)

Minyak Wangi


Seorang lelaki masuk ke dalam lif nak ke atas. Sampai tingkat satu, seorang wanita kaya masuk ke dalam lif lalu sembur minyak wangi mahal... *psst* "JoJo, Beverly Hills, RM 400 sebotol" kata wanita kaya itu dengan angkuhnya.

Sampai kat tingkat dua, seorang wanita lagi kaya masuk lif lalu sembur minyak wangi yang lagi mahal... *psst* " Vecinza, Itali, RM 1000 sebotol" kata wanita lagi kaya itu dengan
angkuhnya.

Sampai tingkat tiga pintu lif terbuka lalu lelaki tu pun kentut... *poooooooot* "Telur rebus, gerai mamak, 5 posen sebijik" kata lelaki itu sambil keluar lif dengan selambanye.

----------------------------------------------------------------------------

Made In Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya utk ke airport. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dgn perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dgn kelajuan yg sederhana.

Tiba2, sebuah kereta memotong. "Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong dgn laju. "Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju. "Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dgn keluaran negaranya.

Sampai di airport.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya.. "RM100 please..." kata pemandu teksi selamba. "What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati. "Ah, Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dgn selamba..

--------------------------------------------------------------------------------

SIDE A, SIDE B


"Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan2 di sekitar hospital utk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara org sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu dtg dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yg menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dgn penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dlm keadaan terlentang. Tiba2 tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?! "Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

---------------------------------------------------------------------------------

Lurus

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang beru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi. "fasal apa adik menangis", tanya radhi. "bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk khalid pulak. sambil teresak-esak budak tu berkata "tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya sampai dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. motor tue ada laa..". mendengar penjelasan budak tadi, Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue... hik...

------------------------------------------------------------------------------

KIPAS


Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai,Pekan,Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: "Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


-------------------------------------------------------------------------------

HANDPHONE


Satu ketika di kampung orang asli,seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ... "Wah Tok Batin ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?" Jawab Tok Batin: "Sini tak ada,tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone,kasi tau sama saya,saya boleh pergi ke bandar Rompin,sana ada coverage"

------------------------------------------------------------------------------

PETAI


Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang mem - beli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi,kalau encik ambil semua,kira murah ...RM20 sahaja."Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ..."

----------------------------------------------------------------------------------

CUTI


Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung,ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah,saya bagi cuti seminggu. Selepas 14 hari,baru si pengawal keselmatan itu balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti.Tuan bagi seminggu cuti.Jadi dua minggulah..

------------------------------------------------------------------------------------

RAHSIA SUAMI

Sarah tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu, satu hari ketika membersihkan bilik, Sarah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Sarah terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab "sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan ".

Sarah terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sarah bertanya lagi : " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ".

Hamboi...gelak sakan na.....good2....!!!

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails