salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Jumaat, 30 April 2010

Tempayan yang Retak


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh....

Salam kehebatan untuk antum semua yang sudi menziarahi blog ini. Semalam telah menyingkap satu lagi bukti perjuangan ilmu dan ianya berakhir dengan penuh kesyukuran, walau diri terasa tidak bermaya, walau minda dibayangi kerisauan, walau fikiran tidak tertumpu sepenuhnya. Ana telah cuba sedaya mungkin. Moga kejayaan milik semua... I.ALlah... Harini ana ingin bawakan sebuah kisah teladan. Renung2kan dan tanyalah dengan hati nurani, agar perubahan itu menjadi kebaikan buat kita.

TEMPAYAN YANG RETAK


Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.


Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, namun tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.


Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.


Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."


"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.


Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."


Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur.


Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.


Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.


Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."


Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.


Benar saudara/i ku, manusia tidak ada yang sempurna walau diri berharta, walau diri memiliki semua, walau diri tersisih, walau diri sekadar punya rumah setangga, dan walau diri hanya mampu mengisi sesuap nasi. Masih ada kekurangan yang dimiliku olehmu, tidak mengira pangkat,darjat, nama atau keturunan. Kerna hatimu belum cukup utk memiliki cintaNYa selagi dirimu masih terbayang nikmatnya hidup di dunia fana..

wassalam....

Khamis, 29 April 2010

Nafsu vs Hati

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Dan apabila nafsu dan hati berperang sesama sendiri, pasti meletus sesuatu yang tidak diingini. Tatkala hati berbicara, tinta pena mula membisikkan kata..... Ingatan buat diri... Jauhlah nafsu, pergilah amarah, datanglah keredhaan dan keikhlasan. Selimutkan hati yang sedang berperang dengannya...


NAFSU VS HATI

Apabila nafsu bermaharajalela
Syaitan bersorak keriangan
Amarah mula membuak-buak
Melepaskan perasaan di hati
Semua serba xkena di pandangan mata
Dan mula terluah pabila pecahan hati melata
Berkeping2 terbang ke awanan

Bosan..!!!!
Ana bosan dengan t/laku manusia
Arrrghhh.!!!mereka semua penipu
Suka mendabik dada
Fikir diri sendiri pandai
Anggap diri sendiri hebat
Cakap diri sendiri baik
Tapi bila ditanya, diam membatu

Geram...!!!
Ana geram dengan sikap manusia
Jarang ada sikap kejujuran
Selalu sahaja berdiam diri
Bila ditanya pasti ada yang disorokkan
Bila mengambil tahu, di anggap kita menyibuk
Jaga tepi kain sendiri
Salah ke jika berkongsi cerita
Dulu kata kawan
Dulu kau sahabat kau teman
Tapi macam orang lain di saat dirimu memerlukan

Benci...!!!!!
Ana benci mereka yang bermuka2
Depan kita baik menunduk
Memuji2 jika kebaikan dilakukan
Menutup erat jika kesalahan xdisengajakan
Tapi....
Di belakang kita...
Bukan main diputar belit cerita
Melayangkan kata sesuka rasa
Ditikam kita hingga senak rasa di dada
Macam nie rupanya kawan

Meluat..!!!!
Ana meluat memandang kelakuan manusia
Kata tahu ape ertinya Islam
Ya, nak akur xnak buat maksiat
Nak istiqamah, nak buat kebaikan
Tapi...bila dah terkena
Mulalah sejuta alasan diberi
Ini baik, itu lumrah, ini naluri semulajadi
Arrrrghhh..!!! PENIPU
Mulut senang mengatakan sesuatu
Tapi hati bukan main suka membuatnya
Macamni rupanya manusia bila mengikut kata nafsu
Selagi nyawa di badan
Kamu xkan terlepas dri bisikan syaitan

Hati..
Jangan kau lemparkan kata2 ini
Jangan kau layangkan bidasan kata
Jangan kau biarkan nafsu membelengu
Jangan kau dengarkan bisikan syaitan
Jangan kau hiraukan jarum yang cuba menusukmu
Dan jangan kau abaikan dirimu yang dahulu

Diri ana yang ana kenali
Bukanlah insan yang luar biasa
Sekadar beringat untuk diri
Keikhlasan cuba dipamerkan
Kemarahan cuma diredakan
Kegembiraan cuba di berikan
Sering rasionalkan minda yang berperang
Mudah pula melupakan keburukan
Agar nafsu dan bisikan syaitan dielakkan
Biar rapuh dan melebur bagai api disirami kesejukan air yang tenang

Ya ALlah....
Maafkan diri insan yang kerdil dihadapanMU
Terkadang tahap kesabaran ini merundum
Jauh meninggalkan hati yang menjerut
Sepi kesabaran yang bertaut
Terbang kemaafan disanubari
Terbiar lesu keikhlasan di hati

Namun ingatan buat diri
Jangan terlena selagi Allah dehearty
Jangan terasa selagi cahaya melingkari
Jangan terpesona nafsu xbertepi
Jangan dilayan api yang bergelora
Semaikan dengan namaNYA
Sirami dengan CINTA ILahi

Dan seandainya mereka berperang sesama sendiri lagi. Ingatlah pegangan yang kamu miliki dan kamu genggami selama ini wahai diri.... Moga ALlah sentiasa bersama dirimu....

wassalam.....

Rabu, 28 April 2010

Tazkirah buat Diri


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh....

Tatkala ana membelek2 fb sendiri, ana sering m'post tazkirah utk tatapan sahabat. Dan bila dilihat kembali. Banyak juga yang ana letakkan. Terasa untuk dilayangkan dalam blog ini. Moga mendapat manfaat....=)

♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ TAZKIRAH BUAT DIRI ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥

(✿◠‿◠)*.:。✿*゚Menjadi insan yang baik bukan dari kata2 yang indah, tetapi hati yang ikhlas, amal yang benar dan akhlak yang baik. Baik bukan utk seorang individu tapi semua org berhak utk mnjdi baik,Jangan dilihat pada nafsu, kerna mgkin sukar utk mngiyakannye, tapi lihat pade sinar hati,msih ade cahaya yang perlu diikuti...Moga kamu smua ingin mnjdi lebih baik dari smlm゚・✿.。.:*(◕‿◕✿)



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Bukan mudah utk menerima org jika org tu dah wat salah ngn kita, tapi mnjdi mudah jika kte memaafkan kesalahan org tu, sdgkan ALlah Maha Pengampun, inikan pula kite insan biasa. Mungkin harini die buat kjahatan, tapi doakanlah ia moge hatinya dan dirinya mnjadi lebih baik bukan utk harini, tapi smpi bila2..i.ALlah.. ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


۩๑๑۩๑๑ Kadangkala apa yang kita suka kan menjauh, ape yang kita benci pula mdekat. Ketahuilah shabat2 ku, mungkin yang kita sayangi bukan milik kita, tapi apa yang kita benci pula mnjdi kebaikan buat kte. Rahsia ILahi, xsiapa yang tahu. DIA sentiasa mberikan yang terbaik utk umatnye... Ucaplah syukur padaNYA, kerna itu... yang lebih baik dari kamu mengeluh dgn apa yang telah dbrikan..=) ۩۩๑๑۩๑๑۩



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Pertemuan adalah suatu KEPASTIAN, Kematian adalah suatu KEMESTIAN. Setiap kehidupan yang datang pastikan kembali pada penciptaNYA. Sebelum diri dijemput, akan adakah bekalan2 utk dibawa pergi. Moga kita tergolong dlm golongan org2 yang beriman dan beramal soleh... ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Dan apabila laungan azan itu telah bergema memanggil2 sluruh umat Islam menunaikan kwjipan, sahutlah seruan itu, agar hatimu dan ILahi bertaut bagaikan xkan tlerai dari bsikan syaitan yang melalaikan...ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ❤Ya ALlah..jika rindu ini mekar,biarlah ianya mekar hanya padaMU dan kdua ibu bapaku kerna rindu xkan terhenti hngga kutemui mereka di syurgawi nanti. Ya ILahi...jika sayang ini kelihatan biarlah sayang ini dilayangkan kpd org tuaku kerna mreka mnyayangiku lebih dari mereka sayangi diri mreka sndri.Ya Robbana...jika CINTA ini mula berputik, biarlah CINTAKU bertaut pada ayahanda dan bondaku kerna mereka lebih layak dari segalanya dan CINTAku kekal utk dimilikuMU Ya Robbi... ❤ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Yang indah itu apabila bulan btukar mnjdi mtahari yang smakin mmancarkan cahaya ke sluruh plusuk dunia. Dan manusia2 mula mncri rezeki utk meneruskan khidupan di bawah peliharaanNYA dgn hati yang ikhlas, redha dan tabah. Moga harini adlah pnentu bgi hari2 yg kan mndtg...ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Tidak ALlah meletakkan ssuatu bebanan kpd ssorg itu sesuai dgn kesnggupannya. Oleh itu, andai ssuatu amanah telah kamu perolehi, janganlah mengeluh mahupun menyerah bgitu shja. Boleh jadi amanah itu mmbawa kebaikan kpd kamu. Dan lakukanlah ia dgn pnuh iltizam, ikhlas dan sepnuh hati. Agar ianya mnjdi lebih mudah dri ape yang disangka. ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Dan pabila senja kian pergi dan malam menggantikannya.Kemudian seruan azan memanggil2, bertempiaran lari syaitan2 dan seangkatan dgnnya.Namun masih kelihatan kelibat2 manusia berduyun2 di senjakala tanpa menghiraukan seruan itu. Masihkah mereka dlm dunia khayalan nafsu semata? Kembalilah saudaraku agar same2 kita terpimpin dlm jagaNYA.. ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥


ஜ۩۞۩ஜ Ya ALlah jika semalam telah ku tekadkan kkuatan perjuangan,tika harini ingin ku buktikan ianya bukan byngn semata dan hari esok adlh penentu kjayaan yang digalasi usaha lelahku slame ini. Diri ini tlah jauh mnapak demi sbuah pngorbanan mncri ilmu. Moga keberkatan dariMU ku miliki selalu ஜ۩۞۩ஜ



♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥ ♥〜∽∾∿{}∿∾∽〜♥

wassalam...

Selasa, 27 April 2010

Indahnya PErsahabatan

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh....

Bingkisan mawar buat yang bernama SAHABAT

Sahabat....
Pernah suatu ketika...

Kita xpernah mngenali

Kita xpernah bertegur sapa

Kita xpnah bbual mesra

Dan kita xpernah bgelak ktawe bersama


Sahabat...

Hati ini berdetik lagi...

Kenapa ana xbshabat dgnmu??

Silaturrahim tu suci dan mulia...

Dan ana mulakan dgn senyuman

Huluran salam tanda perkenalan


Dari saat itu..

Bermulalah kisah kita

Satu persatu ttg drimu mula ketahui

Indahnya nilai persahabatan

Sebab ada ana dan kamu

Menceriakan suasana kehidupan


Sahabat....

Masih ingatkah dirimu saat itu

Bila bersua pastikan terukir senyuman

Bila berduka pasti terpalit luka di hati

Bila bersama hilang kesulitan

Bila pamitan sunyi pula merajai jiwa


Sahabat....

Indahnya saat itu

Tawa kita kerna kejujuran

Sedih kita kerna turut merasa sama

Bimbang kita kerna kerisauan

Nasihat kita kerna ikatan

Dorongan kite utk kekuatan


Suatu saat kita bergaduh

Ada persefahaman yang xkena

Ana dan kamu semakin jauh

Jauh meninggalkan kisah kita bdua

Suka duka bukan menjdi pengikat kita bersama

Kamu tinggalkan ana kesorangan
Sahabat...

Ana mintak maaf..

Mungkin ada perilaku yang xenak dimata

Mungkin ada kata yang terselit jarum di hati

Mungkin ada kekhilafan yang xsedar terjadi

Mungkin ada kemaafan yang xboleh kamu beri

Maafkan ana insan yang hina ini


Sahabat.....

Jangan jauh dari ana

Ana xckup kuat mgharungi jejak khidupan

Ana xckup sokongan melalui ranjau dunia

Ana xckup dorongan tatkala masalah melingkari

Ana xckup nasihat yang perlu didengari

Dan ana rindukan senyuman yang kamu beri


Alhamdulillah...

Kini kamu kembali pada ana

Kita menjalin erat ikatan suci

Suka dan duka lumrah duniawi

Semakin hari kita semakin berusia

Meninggalkan alam2 remaja

Haluan kita semakin berbeza

Namun ikatan kita masih tetap utuh

Merempuh segala benteng itu


Sahabat...

Jika ajal ana menjemputi

Jangan tinggalkan persahabatan ini

Jangan ditangisi pemergian ini

Jangan biarkan dirimu dilingkari kemurungan

Dan jangan pernah lupa kiriman doa buatku


Ingatlah satu perkara
Walau kita terpisah antara dua alam

Ana di sana tetap merindui

Kerna
Sekali kita BERSAHABAT
Sampai syurgai kan ana bawa pegi

Moga kita bersua bila masanya kan tiba

TERIMA KASIH sebab sudi BERSAHABAT dengan insan ini


*.:。✿*゚ SAYANG ANA BUATMU SAHABAT ゚・✿.。.:*

wassalam....

Ahad, 25 April 2010

Adakah lagi ABAH lain untukMU?


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh...


Harini, ana nak bawakan satu kisah, mungkin semalam tinta hatiku berbicara, tapi harini, biarlah renungan ini dapat dikongsi bersama....Selamat menghayati dan selamilah ia ke dasar hatimu...


Adakah lagi Abah lain untukmu?
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad


Petang itu aku menangis lagi. Sendirian di kamar. Untung ada Puteh di sisi. Kucing itu tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.


Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..


Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.


Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.


Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.


"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)." Al-Anaam (6:98)


Maka,tanggungjawabku hanya satu.


"Jadi anak solehah!"


Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau cuba melenting di depan bapamu.


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Al-Isra (17:23)


Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Abah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.


Marah?! Layakkah kau marah pada Abah? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Abah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.


Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Abah tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Abah dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.


Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?


Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa bapa. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?


Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan Abah dengan pandangan mata hati.


Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri Abah berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Abah yang lain seperti dia?


Adakah lagi seorang Abah lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?


Adakah lagi seorang Abah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?


Adakah lagi seorang Abah lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?


Adakah lagi seorang Abah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?


__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__ ....ADAKAH LAGI ABAH LAIN SELAIN DIA UNTUKMU?... __̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__


Ampuni Ina, Abah! Menangislah wahai hati,menangislah.. supaya kau terus ingat kekesalan ini.


wassalam....

Related Posts with Thumbnails