salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Khamis, 15 April 2010

Warkah CINTA buat Si DIA 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh...

Seusai ana " berdating" dgn si DIA, ana teruskan dengan bacaan AL-MATHURAT yang menjadi pegangan diri sejak mengenali CINTA ILahi. Ana terbace terjemahan doa yang terpilih. Dan tatkala itu, mengalir lagi airmata ini menghayati bait2 kata yang terungkap indah dan tiada siapa dapat mengubahnya. Oleh itu, tringin ana untuk berkongsi dengan semua... Moga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dariMU Ya Robbi... Amin..

DOA RABITAH

Ya ALlah, inilah saatnya ketibaan malam-MU dan berlalu siang-MU
dan inilah saatnya suara-suara orang yang berdoa kepada-MU.
Maka oleh itu ampunilah dosaku Ya ALlah..
Sesungguhnya ENGKAU mengetahui bahawa hati2 ini berkumpul kerana CINTA pada-MU
Bertemu untuk mentaatiMU
Dan bersatu menjalankan dakwahMU
Serta mengikat janji untuk sama2 menegakkan syariatMU
Maka kuatkanlah ikatannya
Dan teruskanlah kemesraannya
Tunjukilah jalan2nya
Dan penuhilah ia (hati2 manusia) dengan nurMU yang tidakkan padam

Lapangkanlah dada2nya dengan limpahan keimanan terhadapMU
Dan keindahan tawakal kepadaMU
Hidupkanlah hati2 ini dgn mengenaliMU
Dan matikanlah ia sbg mati syahid
Kerana berjuang di jalanMU

Sesungguhnya ENGKAULAH sebaik2 PELINDUNG
Dan sebaik2 PENOLONG

Ya ALlah
Perkenankanlah
Dan cucuriah kesejahteraan ke atas junjungan kami
Muhammad s.a.w
Dan ke atas ahli keluarga
Dan para sahabatnya

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan dan keselamatan
Ke atas junjungan kami
Muhammad s.a.w,
Ahli keluarga dan para sahabatnya
Dengan keselamatan yang sebanyak2nya

Moga kita sama2 bersatu hati, berjuang, dan berjalan dengan satu tautan hati yang sentiasa mencari REDHANYA, KASIHNYA, dan CINTANYA agar dapat kita bertemu kembali di Syurgawi yang KEKAL ABADI.... i.ALlah....




wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails