salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Ahad, 18 April 2010

Warkah Berbisa Madu 3


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbh....

SAMBUNGANNYA....

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham.. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" alu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..


Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri. "Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?" "Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?" "Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.." "Bercinta ke?" Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..


"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?" "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke17, dalam ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." "Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia." Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni." Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orangorang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,


"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" "Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh.. masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."


BERSAMBUNG.. SEMOGA MENANTI...WINK3..=)


Wahai hamba ALlah, bukankah kau pernah berjanji padaNYA. Kamu akan melakukan kebaikan dan meghindari kemungkaran " Amar Maaruf Nahi Mungkar " Tetapi mengapa kamu masih memungkirinya sedangkan azabnya amatlah pedih pabila masa itu tiba untuk menimbang kembali amalan yang telah kamu lakukan... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi....Amin...i.ALlah...

wassalam....

2 ulasan:

  1. hemm mudah2han bersambung yea.. bagus penulisan ude, walaupun panjang rasa nk baca sampai habis.. :p

    BalasPadam
  2. he3..nak smbung la nie, tapi bukanlah pnulisan kite, just pmula n p'akhir jeh tu yang kite wat...ni di ambil dari iluvislam.. utk pkongsian bsame....=)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails