salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Ahad, 18 April 2010

Warkah Berbisa Madu 2

Bismillahirrahmanirrahim....



Assalammualaikum wbh....


SAMBUNGAN YANG DI NANTI....


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je.. Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya selalu bdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firman- Nya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~ Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..

Ada yang terima..

ada juga yang buat tak tahu.

Kadang-kadang bila tegur..

saya kena marah pula..

macam-macamlah

alasannya.

"COUPLE HARAM"


Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita.. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat mak siat..Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwangjiwang2) cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tazkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..


Masa terus berlalu... Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah.. Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~ alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..


Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44). Saya pun terfikir.. "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini.. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42). Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan.. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..


Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir.. Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh.. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

BERSAMBUNG.. SEMOGA TERUJA...WINK3..=)

Hati....pabila NUR dariNYA kembali menerangi, Ambillah ia utk disemat ke dalam hati, agar gelodak nafsu bisa merundum jatuh dan mengembalikan hati seorang insan di hadapanMU Ya Robbi...
wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails