salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Jumaat, 16 April 2010

BICARA CINTA 3

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbh.....

Harini ana menonton movie CINTA, seusai cerita tu, minda ana terasa ingin menyambung mengenai Bicara CINTA 3, dan inilah hasilnya, moga mendapat manfaat buat semua....


Manusia..

Bila berbicara tentang CINTA
Pasti penuh dgn madah
Hati berbunga riang
Kata penuh kemanisan dunia
Bayangan dikaburi cerekawala nan indah

Manusia
Sesaat mengingati Tuhan
Sekadar cuma utk keinsafan diri
Namun...
Bila mengingati CINTA
Pasti 1000 tahun masih di ingatan
Semuanya menjadi beerti
Walau itu hanya bersifat duniawi

Manusia...
Seringkali alpa dan leka
CINTA dunia disanjung
Cinta ILahi di tolak ke tepi
CINTA dia di agung
Cinta ILahi diletak paling jauh di hati
CINTA manusia digenggam erat
Cinta ILahi dibiar berterbangan di awanan
CINTA manusia membahagiakan
Cinta ILahi dihilangkan dari pandangan

Manusia...
Di mane kau letakkan harapan
Di mane kau sorokkan janji
Dan di mane pula kau simpankan iman
Sebelum kau dilahirkan
Malaikat menjadi saksi
Kau ingin menjadi khalifahnya
Kau biarkan jodoh itu di tanganNYA
Dan kau mencari kemanisan iman dan CINTA HAKIKI

Kini
Kau jauh terjerumus
Terperosok jatuh ke lembah bisikan dunia
Kau biarkan dirimu kelemasan
Di hanyut desakan syaitan
Yang sering menjadi teman karibmu
Kau hilang dalam nafas kegelapan
Hatimu ditutupi kemanisan dunia

Manusia...
Tidakkah kau terfikir dan ingati
Hati dan perasaan itulah senjata utama
Bisikan syaitan sering menjadi jarumnya
Untuk kau bergelumang di arus noda hitam
Hatimu dicarik keindahan maya
Belum tentu itu kan kekal selamanya

Dan akhirnya
Dirimu ditinggal pergi
Syaitan bersorak kemenangan
Melihat dirimu hanyut tanpa pegangan
Hatimu kian gelap tanpa cahaya
Dan kau mula mencari di mana tuhan

Manusia...
Sebelum matamu tertutup selamanya
Sebelum deruan angin hilang damainya
Sebelum nafasmu sampai ke penghujungnya
Dan sebelum lidahmu kelu berbicara
Carilah sinar taubat
Bersihkan ia dengan ketaqwaan
Tampalkan hatimu dgn alunan zikrullah
Pagari dirimu dengan benteng iman
Teguhkan jatimu di jalan ILahi...

Manusia...
Masih ada masanya
Kau belum terlambat untuk pulang
Jalan itu masih terbuka luas
Pintu taubatNYA sentiasa terpelihara
Sinar NUR berlegar2 disekeliling dirimu

Manusia...
Kembalilah..
Kembalilah dikau ke jalanNYA
DIA sentiasa menunggu
Setia hingga ke akhir usiamu
Jangan biarkan DIA murka
Jangan biarkan DIA kecewa
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
Jadilah HAMBANYA yang sejati
Sentiasa mendambakan CINTAnya Ya Robbi...

wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails