salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Selasa, 13 April 2010

Warkah CINTA buat Si DIA 1


Bismillahirrahmanirrahim...



Assalammualaikum wbh....

Setelah sekian lame ingin ku jejaki, langkah2 yang kian rapuh dan longlai di jalanMU, dosa-dosa yang semakin menghenyak dan menyesakkan tiap-tiap nafas yang menghembus, demi menghirup sedetik hidupan duniawi. Hati yang kian kelam dan dibayangi selaput noda-noda hitam. Dan cahaya itu kembali menerangi sanubari. Ku gagahi jua demi mencari CINTAMU ya ROBBI dan menjalani kehidupan duniawi atas nama ISLAM yang SYUMUL dan keranaMU Ya ALlah.

Aku masih lapar dan dahaga dengan ilmu dunia dan akhiratiMU. Aku menjadi lemah jika diriMU kuhindari. Airmata ini menitis tatkala doa ku layangkan kepadaMU. Hati ini meratap tatkala ku mendengar namaMU. Minda ini tersentap tatkala mengingati usia yang telah ku tinggalkan. Layakkah aku bertemu denganMU tatkala jasad dan nyawaku terlerai dan terpisah?? Di mana nanti KAU campakkan aku setelah amalan-amalanku di ambil kira ?
?? Di Syurgawi yang indah dan menjanjikan 1001 kebahagiaan??? atau di Neraka yang penuh dengan kesakitan dan penyeksaan ???

Aku xmampu membayangi bagaimana rupaku nanti. Aku xmampu jua melihat bagaimana penyiksaan yang akan ku terim
a kelak. Ya ALlah seandainya hambaMU ini semakin jauh dan kelam dari jalanMU. Terangilah ia dengan sinar taubat dan cahaya iman dariMU. Agar hambaMU ini kembali ke jalan yang di redhai.

Moge
di akhir pencarianku nanti , aku mampu tersenyum tatkala diri dilingkari CINTA ABADAI dan HAKIKImu Ya ILahi...


Ya Allah…
Semakin aku meniti kehidupan ini..
Semakin sesak dadaku terhimpit..
Dosaku menggunung tinggi Ya ILahi..
Taubatku tidak jua mengunjungi hati ini..

Ya Allah..
Layakkah diriku yang hina ini..
Menghadap diriMU nanti...
Di padang Masyar yang kian pasti..
Sesak dan penuh dgn manusia pelbagai rupa..

Ya Allah..
Siapalah diri ini di hadapanMU..
Malu rasanya ku tunjukkan diri..
Yang penuh disaluti noda hitam..
Kerna perbuatanku di dunia fana..

Ya Allah...
Sinarkan cahaya iman dlm diriku..
Agar aku terpimpin dijalanMU...
Mengharap keampunanMU Ya Robbi..
Atas dosa yang semakin menenggelamkanku..
Dengan arus dunia yang penuh pancaroba..

Ya Allah..
Seandainya ditakdirkan diri ini menemuiMU..
Bagaimana rupaku nanti..
Burukkah selayak amalanku??
Atau jernihkah ia sesuci air di kali??




Ya Allah..
Seandainya air mata ini mengalir lagi..
Biarla dipenuhi keinsafan diri..
Atas perbuatan dan perilaku ku...
Yang kian mencarik iman...
Agar xkan ia rapuh...
Bahkan menjadi benteng...
Untukku menjadi insan yang solehah....

Ya ILahi...
Dengan tangan ini ku tadahi
Memohon keampunan dariMU

Atas dosa-dosa yang telah kulakukan
Moga di akhir pencarianku
Ku perolehi CINTAMU Ya Robbi...


wassalam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails