salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 21 April 2010

Rindu Kenangan Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbh...

Entah mengapa, hati ini tiba2 sebak dan sayu tatkala mengingati tentang ssuatu, dan semakin terasa bila mendengar lagu2 itu. Sahabat... ana rindu eratnya persahabatan kita dahulu, ana rindu gelak tawa kita bersama, ana rindukan muke2 ceria bila kita bersua dan ana rindukan suasana itu... Dan biarlah tinta hati ini berbicara lagi..

♥ SAHABAT ♥
ana rindu saat itu..
tatkala tawa tersimpul padu..
tatkala hati kita bersatu menjadi satu..
dan ketika kita berkongsi semua cerita..

♥ SAHABAT ♥
masa itu adakah kan kembali lagi..
ana xdaya utk menghapusnya dari ingatan..
kerana itu kenangan kita bersama..
mencipta 1001 tinta pena...

♥ SAHABAT ♥
walau jauh dikau diperantauan..
ukhuwah kita tetap utuh..
seutuh jiwa dan perasaan..
yang xkan terpisah selagi nyawa di jasad..
insyaALlah hingga akhirnya...
amin amin ya rabbal 'alamin

♥ SAHABAT ♥
andainya kita terpisah..
dek kerana laluan hidup yang beza..
doaku dlm kudus agar kita berjaya..
mencapai cita yang ingin digapai..
kerna matlamat kita sama....
segulung ijazah dalam genggaman...

♥ SAHABAT ♥
andainya suatu hari nanti..
mata ini tertutup utk mengadapNYA..
sebelum sempat kita bersua
iringi daku dgn al-fatihah..
sebagai tanda persahabatan yang abadi..
buat selamanya...

ingatlah seperkara sahabat..
antara masa dan jarak..
terselit silaturrahim antara kita..
yang hanya terhapus ketika mata ini tertutup..
buat selamanya....
dan jika diizinNYA..
kan ku bawa dalam matiku...


♥ SAHABAT KU SAYANG ♥

Ya Allah, jika hati2 kami masih tetap utuh, jika hati2 kami masih menyayangi, jika hati2 ini masih merindui, Ajarkan kami untuk menghargai pertemuan, kenangan dan perpisahan ini. Agar hati2 kamu bertaut dan mencintai kerana kasihMU Ya Robbi...

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails