salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Sabtu, 24 April 2010

Rindu Seorang Anak

Bismillahirrahmanirrahim...

Senyuman terakhir darinya sntse kami ingat sampai bila2...

Assalammualaikum wbh....

Selepas usai menonton cerita "Face Off", tiba2 tanpa di sedari mengalir airmata ini, makin lama makin deras, Ada sesuatu yang terasa sangat di hati. Bila ana bertanya pada hati.... Ana rindu pada seseorang...Ye, 4tahun lamanya dia pergi meninggalkan kenangan kami bersama.... Dan bicara hati mula membisikkan kata...


*•.¸¸❤ RINDU SEORANG ANAK ❤¸¸.•*

Rindu.......
Ye tatkala ini ana merindui seseorang
Kasihnya seorang ayah...
Dahulu ana memilikinya
Tapi kini....
Doaku sampaikan padanya
Agar rohnya tenang & aman di sana

Masih ana ingat di minda...
Tatkala dia pulang dari kerja

Air mukanya cuba disorokkan
Dengan sedikit senyuman
Tapi penuh keikhlasan...
Agar kelihatan tiada raut kepenatan

Abah...
Semasa dikau terbaring lesu
Masih terselit kasihmu
Walau sakitmu kian lara
Walau nyawamu tinggal bersisa
Tapi...
Senyumanmu masih seperti dulu

Sekadar ingin menyedapkan seisi keluarga
Agar tegar dengan ujian ILahi
Setiap yang hidup pastikan kembali

Abah....
Masih tergiang2 di halwa telingaku..
" Ira.., lepas ni nak masuk kelas mana??
"Pilih yang terbaik utk masa depan yang terbaik "
Abah.....ira rindu....
Rindu sangat2...
Lama abah tinggalkan kami

Lama abah menyepikan diri...

Abah....
Selepas abah pergi...mak ade beritahu kami
" Nah.... lepas ni mcmne dgn anak kite yang 4 ni??
Abang dah xdapat tgok kejayaan mereka...
Ira tahu, mak mesti menahan rasa
Dan Ira tahu, abah nak kami berempat berjaya
Seperti abg2 Ira yang lain kan...
Abah jangan khuatir ye...
Ira cuba kotakan....


ABah......
Walau ajalmu semakin menghampiri
Tapi abah masih ingat kat kami
Abah belai cucu abah yang pertama
Macam abah dah tau2 je
Abah kan tinggalkan semua buat selama2nya
Ya ALlah....tabahkan hati kami..

Bila masenya tiba...
Kami semua dok sekeliling abah...
Mulut abah terkumat kamit menyebut namaNYA

Ya ALlah, jika DIA milikmu..
Ambillah nyawanya...
Kami xsanggup melihat abah menderita
Dan kami dah relakan pemergiannya

Masih segar di ingatan Ira...
Masetu kami urut seluruh badan abah..
Sedikit demi sedikit dari kaki suhu abah makin sejuk...
Sejuk sangat2, macam xde darah mengalir..
Dan terdetik di hati...
Sudah sampai masenye...

Abah menghadap pada Yang Esa..

Seusai bacaan Yassin ketiga..
Abah menghembuskan nafas terakhir..
Abah kembali pada yang lebih berhak
Abah tersenyum damai menenangkan
Penderitaan hidup telah berakhir
Abah pergi buat selamanya
Dan abah xkan kembali ke dunia...
Tinggallah kami meneruskan kehidupan ini..

Abah....
Maafkan kami jika selama ini kami menyakiti
Maafkan tingkah laku kami andai ade silap di pandangan
Maafkan andai pernah menyakiti hatimu
Maafkan segala perilaku yang menyesakkan
Halalkan setiap titik peluhmu membesarkan kami
Sehingga kami berjaya menjadi seorang manusia

Abah....
Bagaimana keadaanmu di sana??

Mesti abah gembira kan..
Kami semua sentiasa mendoakan kebahagiaan abah...
Abah nak tau??
Mak sekarang makin sihat...
Tapi lututnye jeh xberapa ok,
Cucu abah pula dah nak masuk kelima
Menantu abah i.ALlah yang keempat
Erm..Alhamdulillah kami semua bahagia

Walau abah tiada disisi
Kami sering terkenangkan abah...

Doalah penghubung paling erat kami dengan abah
Dan anak2 abah yang berempat nie..
Alhamdulillah semua dah habis belajar..
Ira dah mengotakan janji...
Tinggal nak amik ijazah setahun je lagi..
Doakan kejayaan anakmu ye bah...

Adik2 yang bertiga...
I.ALlah kan menyusul pula,
Kami cuba sedaya upaya,
Jika mungkin bukan ke menara gading

I.ALlah perjuangan ilmu xkan terhenti
Sebab kami sayang abah...
Dan kami xkan sia2kan smua pengorbanan abah & mak

Abah....
Andai kami menyusulmu,
Moga kita kan bertemu semula
I.ALlah di syurga yang bahagia
Bersatu dalam sebuah keluarga
Yang mendambakan RedhaNYA
I.ALlah bah....


AKhir Qalam....
Buat sahabat2 yang dikasihi...
Sayangilah ayah & bondamu
Selagi mereka di pandangan
Selagi mereka masih mampu tersenyum
Selagi mereka masih mampu membebel ttg kenakalanmu
Selagi masakannya masih dirasai bersama
Selagi jasadnye masih ada

Jangan pernah menyakiti hatinya
Jangan terniat membantahinya
Jangan biarkan mereka kesorangan
Jangan lupakan stiap zarah pengorbanan
Jangan abaikan tatkala kamu dewasa
Jangan ditinggalkan tanpa perkhabaran

Jangan lupa ucapkan terima kasih
Jangan lupa mintak restu setiap keizinan
Jangan lupa menjaga tatkala usianya bertambah
Jangan lupa membalas jasanya

Jangan lupa sedekahkan al fatihah setelah ia pergi buat selamanya
Dan jangan lupa kiriman doa buatnya di sana

Jangan kamu menyesal jika tiada kesempatan

Jangan kamu menangis kembalinya tanpa pamitan
Jangan kamu memberontak kerna xsempat memohon maaf
Jangan kamu menyalahi tatkala jasadnya di tanam bumi
Jangan kamu kesali kerna semuanya telah terlambat
Kerna hadirnya untuk kamu

Perginya pula untuk kesenanganmu


Dan ingatlah
"Setitis peluh ayahanda membawa 1000 makna"
Setitis peluh ibunda membawa ke syurga "

♥●•٠·˙SAYANGILAH MEREKA SEBELUM DIJEMPUT YANG ESA˙·٠•●♥

Dan sahabat2 yang ana kasihi, jika mereka masih hidup di mukabumi ini, layanilah mereka seperti dia melayanimu dari lahirmu hingga tanggungjawabnya selesai, Berikanlah kasihmu walaupun raut wajah mereka berkedut dan sebutan mereka berlainan benar. Doakan kesejahteraan mereka jika seandainya mereka kembali pada Yang Esa.

wassalam

3 ulasan:

  1. artikel yg memberi keinsafan dan pengajaran kpd hamba..

    BalasPadam
  2. Salam mahabbah...
    Artikel yang dapat mengoncang hati saya ketika membaca kerana sewaktu hidupnya, saya amat mengenali perwatakkan abah ira membesarkan anak2...saya rasa cukup dekat dengan keluarga ira sehingga sekarang. Masih teringat dahulu abah ira selalu datang berjumpa saya ketika di YBJB untuk mengambil bantuan persekolahan dan menghantar anak22nya menyertai program YBJB. Hebat sungguh abah ira dan memang layaklah Allah mengurniakan dia anak2 yang terbaik seperti sekarang.
    Ira, teruskan perjuangan di medan ilmu dan yang penting, apapun yang dilakukan, sentiasa ingat Allah dan ingat wahaj ibubapa ira. Sesungguhnya, MEREKA BERDUA ADALAH HADIAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH PADA IRA...

    BalasPadam
  3. syukran a.lan....i.ALlah dia sntse dekat dihati, difikiran dan bayangan...=)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails