salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Rabu, 21 April 2010

Ingatan Buat Diri yang Terlena


Bismillahirrahmirrahim...


Assalammualaikum wbh....

Salam kehebatan untuk semua pengunjung blog ana dan seluruh umat Islam di muka bumi ini.. Harini ana nak bawakkan satu ingatan buat diri yang terlena. Ana perolehi ia dari pembacaan ana dalam tazkirah dan muhasabah diri di fs. Sejenak ana terfikir, rupenya banyak perkara yang kita mula lupakan dan tinggalkan sehingga perkara2 tersebut menjauhkan kita dari kasihNYA. Moge bermanfaat buat semua....=)

Dalam Kitab Al- Baqarah Fii fadl Lis Sa'yiwal Harokah
di susun oleh Abi Abdillah Muhammad Bin Abdulrahman Al Habsyi

telah diterangkan perkara - perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. Iaitu:


* Tidak Solat

* Bila hendak makan tidak membaca Bismillah

* Makan di atas pinggan yang terbalik

* Memakai kasut memulakan dengan sebelah kiri

* Menganggap ringan apa - apa yang terjatuh dalam hidangan makanan

* Membasuh tangan dengan tanah @ tepung

* Tidak membersih rumah

* Membuang atau menyapu sampah dengan kain

* Suka membersih rumah pada waktu malam

* Tidak membersih rumaah

* Membuang atau menyapu sampah dengan kain

* Suka tidur atas muka

* Membakar kulit bawang

* Menjahit baju yang sedang dipakai

* Mengesat muka dengan baju

* Berdiri dengan bercekak pinggang

* Tidur tidak pakai baju

* Makan sebelum mandi junub ( mandi hadas )

* Tergesa - gesa keluar masjid selepas sembahyang ( subuh )

* Matahari belum terbit sudah pergi ke pasar

* Lambat pulang dari pasar

* Berdoa hal yang tidak baik

* Tidak menutup makanan yang dihidangkan

* Suka memadam lampu minyak tanah atau lilin dengan nafas

* Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup

* Membasuh kaki dengan tangan kanan

* Suka kencing pada air yang mengalir

* Memakai seluar sambil berdiri

* Memakai serban sambil duduk

* Mandi junub di tempat buang air atau najis

* Makan dengan menggunakan dua jari

* Berjalan antara dua kambing

* Berjalan antara dua perempuan

* Suka mempermainkan janggut

* Suka meletakkan jari tangan di atas bahagian lutut

* Meletakkan tapak tangan di hidung

* Suka menggigit kuku

* Suka mendedahkan aurat di bawah sinar matahari @ bulan

* Mengadap kiblat ketika buang air

* Menguap ketika solat

* Meludah di tempat buang air


Ya ALlah..banyaknya perkara2 yang telah daku lakukan tanpa sedar mahupun sedar, masihkah ada peluang untukku perbaikinya. Moga pintu taubatMU sentiasa terbuka buat diri yang sering terlena ini...Amin

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails