salam wbt

“ TIDAKLAH KERANA CINTAKAN ALLAH, MANUSIA TERKORBAN DAN BERKORBAN. TANPA CINTA LENYAPLAH AGAMA..TIDAKLAH KERANA CINTAKAN KEKASIH, MELAINKAN KERANA ILAHI. TANPA DIA TIADALAH KEHIDUPAN....” (HUKAMAK)

Khamis, 29 April 2010

Nafsu vs Hati

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalammualaikum wbh....

Dan apabila nafsu dan hati berperang sesama sendiri, pasti meletus sesuatu yang tidak diingini. Tatkala hati berbicara, tinta pena mula membisikkan kata..... Ingatan buat diri... Jauhlah nafsu, pergilah amarah, datanglah keredhaan dan keikhlasan. Selimutkan hati yang sedang berperang dengannya...


NAFSU VS HATI

Apabila nafsu bermaharajalela
Syaitan bersorak keriangan
Amarah mula membuak-buak
Melepaskan perasaan di hati
Semua serba xkena di pandangan mata
Dan mula terluah pabila pecahan hati melata
Berkeping2 terbang ke awanan

Bosan..!!!!
Ana bosan dengan t/laku manusia
Arrrghhh.!!!mereka semua penipu
Suka mendabik dada
Fikir diri sendiri pandai
Anggap diri sendiri hebat
Cakap diri sendiri baik
Tapi bila ditanya, diam membatu

Geram...!!!
Ana geram dengan sikap manusia
Jarang ada sikap kejujuran
Selalu sahaja berdiam diri
Bila ditanya pasti ada yang disorokkan
Bila mengambil tahu, di anggap kita menyibuk
Jaga tepi kain sendiri
Salah ke jika berkongsi cerita
Dulu kata kawan
Dulu kau sahabat kau teman
Tapi macam orang lain di saat dirimu memerlukan

Benci...!!!!!
Ana benci mereka yang bermuka2
Depan kita baik menunduk
Memuji2 jika kebaikan dilakukan
Menutup erat jika kesalahan xdisengajakan
Tapi....
Di belakang kita...
Bukan main diputar belit cerita
Melayangkan kata sesuka rasa
Ditikam kita hingga senak rasa di dada
Macam nie rupanya kawan

Meluat..!!!!
Ana meluat memandang kelakuan manusia
Kata tahu ape ertinya Islam
Ya, nak akur xnak buat maksiat
Nak istiqamah, nak buat kebaikan
Tapi...bila dah terkena
Mulalah sejuta alasan diberi
Ini baik, itu lumrah, ini naluri semulajadi
Arrrrghhh..!!! PENIPU
Mulut senang mengatakan sesuatu
Tapi hati bukan main suka membuatnya
Macamni rupanya manusia bila mengikut kata nafsu
Selagi nyawa di badan
Kamu xkan terlepas dri bisikan syaitan

Hati..
Jangan kau lemparkan kata2 ini
Jangan kau layangkan bidasan kata
Jangan kau biarkan nafsu membelengu
Jangan kau dengarkan bisikan syaitan
Jangan kau hiraukan jarum yang cuba menusukmu
Dan jangan kau abaikan dirimu yang dahulu

Diri ana yang ana kenali
Bukanlah insan yang luar biasa
Sekadar beringat untuk diri
Keikhlasan cuba dipamerkan
Kemarahan cuma diredakan
Kegembiraan cuba di berikan
Sering rasionalkan minda yang berperang
Mudah pula melupakan keburukan
Agar nafsu dan bisikan syaitan dielakkan
Biar rapuh dan melebur bagai api disirami kesejukan air yang tenang

Ya ALlah....
Maafkan diri insan yang kerdil dihadapanMU
Terkadang tahap kesabaran ini merundum
Jauh meninggalkan hati yang menjerut
Sepi kesabaran yang bertaut
Terbang kemaafan disanubari
Terbiar lesu keikhlasan di hati

Namun ingatan buat diri
Jangan terlena selagi Allah dehearty
Jangan terasa selagi cahaya melingkari
Jangan terpesona nafsu xbertepi
Jangan dilayan api yang bergelora
Semaikan dengan namaNYA
Sirami dengan CINTA ILahi

Dan seandainya mereka berperang sesama sendiri lagi. Ingatlah pegangan yang kamu miliki dan kamu genggami selama ini wahai diri.... Moga ALlah sentiasa bersama dirimu....

wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails